Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
centro galáctico sin molécula

Saintis Temui Gula Semula Jadi Berhampiran Pusat Galaksi Bima Sakti

Diterbitkan Julai 17, 2026 · Dikemas kini Julai 17, 2026 oleh ariff bukhari

Penemuan terbaru oleh ahli astronomi telah membuka dimensi baharu dalam pencarian asal-usul kehidupan.

Ia selepas pasukan penyelidik berjaya mengesan molekul gula erythrulose di awan molekul berhampiran pusat Bima Sakti.

Erythrulose, yang biasanya ditemui dalam buah raspberi dan digunakan dalam produk kosmetik, kini menjadi bukti bahawa molekul kompleks boleh terbentuk di ruang antara bintang sebelum wujudnya planet atau bintang.

Gula memainkan peranan penting dalam kehidupan: ia membekalkan tenaga, membentuk struktur biologi, dan menjadi asas kepada RNA serta DNA.

Penemuan ini sekali gus mencabar teori lama kerana saintis menjangkakan gula lebih ringkas akan ditemui dahulu, bukan gula empat karbon seperti erythrulose.

Kajian menggunakan teleskop radio di Madrid dan Sierra Nevada, di mana isyarat radio dari awan G+0.693−0.027 dibandingkan dengan data makmal.

Hasilnya menunjukkan padanan jelas dengan erythrulose.

Penemuan ini turut membuka peluang untuk mengesan gula lain seperti ribosa, yang penting bagi RNA serta menguatkan hipotesis bahawa benih kehidupan mungkin berasal dari ruang angkasa, menjadikan kosmos sebagai sumber awal kimia kehidupan di planet kita.

 

“Pengesanan erythrulose sangat mengujakan kerana ia membuka kemungkinan untuk menemui gula lain di angkasa lepas seperti ribose, yang merupakan sebahagian daripada RNA, dan molekul penting lain untuk asal usul kehidupan,” kata Carlos Briones, penulis bersama kajian dan penyelidik dalam evolusi molekul di Majlis Penyelidikan Kebangsaan Sepanyol dan Pusat Astrobiologi,

Implikasi penemuan ini besar untuk Bumi. Ia menyokong teori bahawa molekul organik mungkin dihantar ke Bumi melalui komet dan asteroid.

Malah, kajian terdahulu mendapati gula seperti ribosa dan glukosa dalam meteorit.

Para penyelidik menganggarkan bahawa antara 0.5 juta dan 50 juta tan metrik gula ini mungkin telah memenuhi permukaan Bumi semasa era apa yang dikenali sebagai Late Heavy Bombardment, kira-kira 4 bilion tahun yang lalu apabila asteroid menghentam planet dalam sistem suria.

Walau bagaimanapun, sama ada pengeboman sedemikian berlaku masih menjadi perdebatan saintifik, menurut NASA.

Berkaitan

  • Saintis Temui Persamaan Aurora Bumi Di Bulan Musytari
  • Saintis Kesan Suhu Bumi Meningkat Semakin Pantas
  • Saintis China Temui Perkuburan Paus Terbesar Di Dunia Di Dasar Lautan Hindi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY