Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Saintis Kesan Suhu Bumi Meningkat Semakin Pantas

Saintis Kesan Suhu Bumi Meningkat Semakin Pantas

Diterbitkan Mac 16, 2026 · Dikemas kini Mac 16, 2026 oleh ariff bukhari

Kajian terbaru oleh Institut Penyelidikan Impak Iklim Potsdam (PIK) mendapati pemanasan global berlaku dengan semakin pantas.

Analisis menunjukkan kadar peningkatan suhu kini sekitar 0.35°C setiap dekad, berbanding kurang daripada 0.2°C antara 1970–2015.

Para saintis menyingkirkan pengaruh jangka pendek seperti El Niño, letusan gunung berapi dan kitaran suria, lalu mendapati bukti statistik yang kukuh dengan keyakinan melebihi 98%.

Tahun 2023 dan 2024 pula kekal sebagai tahun paling panas sejak rekod bermula pada 1880 dengan trend pemanasan yang lebih pantas dapat dilihat sekitar tahun 2013 atau 2014.

Walaupun kajian ini tidak meneliti punca, ia menegaskan bahawa model iklim memang menjangkakan kemungkinan percepatan ini dengan implikasi besar di mana jika kadar ini berterusan, dunia berisiko melepasi had 1.5°C yang ditetapkan Perjanjian Paris sebelum 2030.

 “Seberapa cepat Bumi terus memanas akhirnya bergantung pada seberapa cepat kita mengurangkan pelepasan CO2 global daripada bahan api fosil kepada sifar.” Penyelidik PIK dan penulis utama kajian ini.

Penemuan ini sekali gus menekankan keperluan mendesak untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida secara drastik di seluruh dunia.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Hentaman Kapal Angkasa DART Berjaya Ubah Orbit Asteroid - NASA
  • Malaysia Sedang Hadapi Cuaca Ekstrem, Dari Hujan Lebat Ke Musim Kering

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY