Saintis: Orang Yang Bijak Lebih Mudah Untuk Gembira Ketika Bersendirian

Sekumpulan saintis mendapati individu yang mempunyai tahap kepintaran tinggi adalah lebih mudah untuk berasa gembira dan bahagia ketika bersendirian.

Dalam kajian yang diketuai Li dan Kanazawa, mereka telah menemuduga seramai 15,197 responden antara umur 18 - 28 tahun.

Kajian di bawah National Longitudinal Study of Adolescent Health ini ingin mengkaji hubungan di antara tahap kepuasan responden dan cara hidup mereka.

Keputusan Kajian Tersebut


2 faktor lain yang diambil kira adalah ketumpatan populasi kawasan tempat tinggal dan kekerapan responden berinteraksi dengan kawan-kawan.

Quotes About Being Alone—but Not Lonely

Secara dasarnya, kajian ini melihat mereka yang tinggal di kawasan yang ramai populasinya tidak berasa gembira dengan kehidupan. Manakala, mereka yang tinggal di kawasan yang kurang penduduknya adalah lebih gembira.

Ini menunjukkan mereka yang tinggal di kawasan padat mempunyai banyak ikatan manusia berbanding yang tinggal di kawasan tidak padat. Dan dalam sesetengah kes, ikatan tersebut cenderung untuk menjadi kuat.

Apa Terjadi Bila Faktor Kebijaksanaan Responden Ditambah Dalam Kajian ini?


Parameter kebijaksanaan atau IQ responden telah ditambah dalam kajian ini untuk menilai tahap intelektual setiap responden.

Hasilnya, kebanyakan individu yang bijak lebih mudah berasa selesa dan bahagia ketika keseorangan daripada dikelilingi orang ramai.

{suggest}

Walau bagaimanapun, golongan ini juga cenderung untuk bersosial dan menikmati interaksi dengan orang ramai, namun ia tidak cenderung untuk berubah menjadi ikatan yang mendalam.

Apa Kesimpulan Daripada Para Penyelidik?


Walaupun hasil keputusan ini di luar jangkaan, golongan ini mempunyai kemahiran sosial untuk beradaptasi dalam kumpulan yang besar. Tetapi pada masa yang sama, mereka boleh untuk berasa gembira dan bahagia ketika bersendirian.

Sumber: Science and Stuff