Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Saintis Buat Penemuan Mengejutkan, Manusia Mampu Melawan Virus Hanya Dengan Melakukan Aktiviti Ini

Posted on April 12, 2022April 12, 2022

Secara purata, seorang individu akan melakukan aktiviti bernafas lebih daripada 600 juta kali sepanjang hidupnya.

Setiap kali bernafas, manusia akan mengembangkan tisu paru-paru bagi setiap hirupan udara dan merehatkannya selepas menghembuskan nafas.

Dalam kajian yang dijalankan pasukan penyelidik baru-baru ini mendedahkan, corak pernafasan ini sebagai bukan sahaja penting untuk aktiviti pernafasan manusia tetapi juga bagi mengaktifkan sistem imun dalam badan itu sendiri.

Itulah hasil penyelidikan terkini yang dijumpai oleh pasukan penyelidik dari Institut Wyss di Universiti Harvard yang mendapati manusia mampu melawan virus hanya dengan melakukan aktiviti pernafasan mendalam.

Melalui demostrasi penyelidikan kepentingan pernafasan dengan mereplika struktur dan fungsi paru-paru, pasukan penyelidik itu menyatakan dengan melakukan aktiviti regangan menerusi pernafasan mendalam, manusia berupaya mengaktifkan imun badan yang berkemungkinan mampu menyekat daripada virus influenza bercambah.

Salah seorang dari pasukan penyelidik itu bernama Dr. Haiqing Bai menyatakan penemuan ini sebagai satu penemuan yang paling tidak disangka sepanjang kajian ini dijalankan sejak 2017 lalu yang ditaja oleh NIH (National Institutes of Health) dan DARPA (Defense Advanced Research Projects Agency).

Sumber: harvard.edu

Baca juga:

  • Ubat Antiviral COVID-19 Sudah Tiba Di Malaysia
  • KKM Nasihatkan Jangan Beli 2 Kit Ujian Kendiri COVID-19 Ini
  • Saintis Bangunkan Teknologi Penglihatan Malam Berwarna Penuh

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress