Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kulit Robot

Saintis Berjaya Hasilkan Kulit Robot Dengan Keupayaan Hampir Sama Manusia

Diterbitkan Jun 14, 2022 oleh Firdaus

Sekumpulan penyelidik Jepun telah berjaya membaluti jari robot dengan balutan daripada sel kulit manusia dan mampu sembuh sendiri.

Saintis Berjaya Hasilkan Kulit Robot Dengan Keupayaan Hampir Sama Manusia

Pada Khamis lepas, para penyelidik Jepun tersebut telah mempersembahkan jari robotik yang disaluti dengan sel hidup. Itu merupakan satu prototaip yang diperbuat daripada sel kulit manusia.

Profesor Takeuchi Shoji daripada Universiti Tokyo menyebut dalam kenyataan beliau:

Saya merasakan kulit yang hidup merupakan penyelesaian terunggul dalam memberi robot rupa dan sentuhan sebuah makhluk yang bernyawa kerana ia merupakan bahan yang sama menyaluti badan haiwan.

jari robot

Tambahan lagi, bahan yang menyaluti robot ini memang terasa seperti kulit manusia di mana ia mampu sembuh sendiri dan kalis air. Oleh itu, kulit yang disaluti robot ini mampu menyembuhkan luka padanya sama seperti kulit manusia sendiri.

Saintis Berjaya Hasilkan Kulit Robot Dengan Keupayaan Hampir Sama Manusia

Di samping itu, Prof. Takeuchi dan pasukannya terkejut akan bagaimana tisu kulit ini mampu menyesuaikan dirinya dengan bentuk permukaan robot. Walau bagaimanapun, terdapat satu kelemahan di mana kulit yang dihasilkan ini tidak sekuat dan sekukuh kulit semulajadi manusia.

Justeru, Prof. Takeuchi kekal fokus dalam menghasilkan robot yang menyokong dan berbentuk seperti manusia. Tambah beliau lagi, ini merupakan satu langkah besar dalam bidang ini untuk mencipta robot yang tiada perbezaan luaran dengan manusia.

Sumber: Cnet

Gambar utama: cnbc

Baca juga:

  • Saintis Berjaya Tumbuhkan Sel-Sel Pada Badan Robot
  • Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang ‘Thirdhand Smoke’, Tak Dapat Asap Tapi Diancam
  • Bekas Menteri Nafi Laporan Kenderaan Lagi Banyak Daripada Manusia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY