Beberapa minggu yang lepas, Twitter kelihatan sangat meyakinkan dalam pasaran saham. Tetapi ia tidak bertahan lama apabila saham mereka kini turun 20.06 % kepada $19.88 yang sebelum ini ditutup pada harga $24.87.
Pelbagai sumber mengatakan ia adalah disebabkan syarikat-syarikat yang sebelum ini mahu mengambil alih Twitter menarik diri. Difahamkan, Google, Apple dan Disney tidak mahu langsung membeli syarikat aplikasi tersebut.
Satu-satunya syarikat yang dilihat berpotensi membeli Twitter adalah Salesforce. Salesforce turut berusaha membeli LinkedIn tetapi terpaksa akur dengan Microsoft yang berjaya mengambil alih rangkaian sosial profesional itu.
Walaubagaimanapun Ketua Pegawai Eksekutif Salesforce memberi bayangan yang syarikat itu tidak akan membeli Twitter. Beliau memberikan beberapa komen kepada pelabur pada mesyuarat yang berlangsung hari ini. Penarikan diri syarikat-syarikat gergasi dari membeli Twitter menyebabkan saham aplikasi media sosial itu jatuh dengan mendadak. Hanya dalam satu malam, modal pasaran Twitter hilang lebih dari $2 bilion. Berkemungkinan besar tag harga yang lebih rendah mampu memberi keyakinan kepada syarikat yang lain membeli Twitter.
Twitter diperkenal kepada umum pada November 2013 dan bernilai $31 bilion pada penghujung hari dagangan pertama. Hari ini, Twitter hanya bernilai kurang dari $15 bilion.
Berkaitan
- Celcom Tawar Kadar Istimewa Untuk Jemaah Haji Malaysia
- Beli Telefon OPPO Pada Tarikh Ini, Anda Boleh Jimat Sehingga RM400
- Samsung Akan Tutup Kilang Di China Ekoran Penjualan Telefon Pintar Yang Semakin Merosot
- Streamyx Mungkin Dijenamakan Semula Dibawah UniFi Berdasarkan Imej Yang Tersebar Ini
- Google Bangunkan Enjin Carian Khusus Untuk China
- TM Perkenal Pelan Internet UniFi Edu Dan UniFi eBiz, Harga Bermula Dari RM99 Sebulan
- Google Flights Boleh Ramal Jika Penerbangan Akan Ditunda
- Google Chrome Akan Label Laman Web Yang Perlahan Untuk Diakses
- Huawei MatePad Pro Akan Dipasarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi
- Microsoft Dilapor Akan Umum Peranti Boleh Lipat Andromeda Pada Tahun Hadapan