Tenet Sah Akan Ditayangkan Di Malaysia Pada 27 Ogos


Warner Bros Malaysia mengesahkan 'Tenet', filem fiksyen sains thriller arahan Christopher Nolan, akan dilancarkan di Malaysia pada 27 Ogos.



Christopher Nolan telah menangguhkan filem ini beberapa kali disebabkan wabak coronavirus. Kini, Tenet akan ditayangkan di lebih 70 negara mulai 26 Ogos, seperti yang dilaporkan oleh Warner Bros AT&T Inc. Negara-negara yang dimaksudkan termasuk Australia, Kanada, France, German, Itali, Jepun, Korea, Rusia, dan UK. Tayangan tempatan, di Amerika Syarikat, hanya akan dilakukan seminggu selepas pelancaran global.

Menariknya, Warner Bros. tidak bercadang untuk melancarkan filem itu di China lagi, mungkin kerana negara tersebut tidak membenarkan tayangan filem yang melebihi 2 jam di pawagam.

tenet

Berita ini amat melegakan pengusaha-pengusaha panggung wayang kerana mereka bergantung kepada filem bajet tinggi seperti Tenet untuk menarik pengunjung menonton filem walaupun masih menghadapi pandemik Covid-19.

Kebanyakan panggung wayang di seluruh dunia telah tutup sejak pertengahan bulan Mei bagi membendung penularan wabak coronavirus. Hanya baru-baru ini sahaja, sudah banyak panggung mula dibuka dengan had kapasiti dan sekatan-sekatan yang harus dipatuhi.

Jika tiada perubahan tentang berita pelancaran ini, Tenet akan menjadi filem besar pertama yang ditayangkan di pawagam sejak pandemik Covid-19.

Berikut adalah senarai tarikh tayangan global filem Tenet:

Rabu, 26 Ogos:
Belgium, Bulgaria, Croatia, Denmark, Egypt, Estonia, Finland, France, Holland, Hungary, Iceland, Indonesia, Italy, Korea, Latvia, Lithuania, Portugal, Serbia, Slovakia, Sweden, Switzerland, Turkey, Ukraine, United Kingdom

Khamis, 27 Ogos:
Australia, Austria, Bahrain, Canada, Czech Republic, Germany, Greece, Hong Kong, Israel, Lebanon, Malaysia, Middle East, New Zealand, Poland, Saudi Arabia, Singapore, Taiwan, Thailand, United Arab Emirates

Jumaat, 28 Ogos:
East Africa, Ghana, Nigeria, Norway, Romania, Slovenia, Spain, Vietnam

Rabu, 3 September:
United States, Kuwait and Qatar

Khamis, 10 September:
Azerbaijan, Kazakhstan, Russia

Khamis, 17 September:
Cyprus

Jumaat, 18 September:
Jepun

Sumber: Variety & Malay Mail

Baca seterusnya: Top Gun: Maverick Dan A Quiet Place 2 Ditangguhkan Ke 2021