'Tenet' Ditangguhkan Secara Rasmi Oleh Warner Bros.

tenet ditangguhkan oleh warner bros

Filem 'Tenet' ditangguhkan secara rasmi oleh pihak produksi Warner Bros. Tenet, filem epik terbaru arahan Christopher Nolan pastinya menjadi filem terbesar tahun 2020 yang terjejas teruk akibat wabak Covid-19.

Disebabkan itu juga, ia telah memberi kesan buruk kepada perniagaan yang berfokus pada hiburan seperti pawagam.

 

https://youtu.be/L3pk_TBkihU

Tayangan filem tersebut pada awalnya dijadualkan untuk debut pada 17 Julai, kemudian ditunda kepada 31 Julai dan seterusnya 12 Ogos. Kini, tempoh penangguhan dan tarikh tayangan masih belum diketahui setakat ini.

Pengerusi Warner Bros., Toby Emmerich berkata,
"We will share a new 2020 release date imminently for 'Tenet,' Christopher Nolan's wholly original and mind-blowing feature. Our goals throughout this process have been to ensure the highest odds of success for our films while also being ready to support our theatre partners with new content as soon as they could safely reopen."

Filem Tenet yang dibintangi oleh John David Washington dan Robert Pattinson dipercayai tidak akan ditayangkan secara digital atau di platform perkhidmatan penstriman.

Dalam pada itu, Warner Bros. berkemungkinan akan melancarkan filem Tenet secara berperingkat sebelum ditayangkan di Amerika Syarikat. Ini kerana keadaan dan sekatan Covid-19 di negara luar sekarang lebih terkawal berbanding di Amerika.
Buat peminat filem-filem arahan Christopher Nolan, pastinya anda tidak senang mendengar berita ini. Sementara menunggu tayangan filem Tenet, anda boleh menonton filem-filem terbaik arahan beliau seperti Interstellar, Batman Begins, Dunkirk, dan lain-lain di Netflix.

Sumber: Tweaktown & Variety