Top Gun: Maverick Dan A Quiet Place 2 Ditangguhkan Ke 2021

Filem sekuel lakonan Tom Cruise, Top Gun: Maverick dan A Quiet Place 2, lakonan Emily Blunt telah ditangguhkan sekali lagi. Dikhabarkan kedua filem tersebut ditangguhkan tayangannya hingga ke tahun 2021.

top gun a quiet place 2

Paramount memilih untuk menangguhkan A Quiet Place 2 dari 6 September 2020 hingga 23 April 2021. Manakala Top Gun: Maverick ditangguhkan dari 23 Disember 2020 hingga 2 Julai 2021. Presiden produksi Paramount berkata,
“We truly believe that there is no movie-viewing experience like the one enjoyed in theatres. We are committed to the theatrical experience and our exhibition partners, and want to stress that we are confident that, when the time comes, audiences everywhere will once again enjoy the singular joy of seeing Paramount films on the big screen."

Ini merupakan penangguhan kedua bagi filem A Quiet Place 2, yang pada awalnya dijadualkan untuk ditayangkan pada 20 Mac sebelum wabak coronavirus memaksa rangkaian pawagam ditutup.



Bagi filem Top Gun: Maverick pula, Tom Cruise tidak dapat mempromosikan filem tersebut pada tahun ini. Ia disebabkan beliau sedang sibuk dengan penggambaran dua filem baru Mission: Impossible. 

Sumber: Variety

Baca lagi: Filem-filem Yang Ditangguhkan Disebabkan ‘Coronavirus’