Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Sah, PlayStation VR2 Akan Hadir Awal Tahun 2023

Posted on Ogos 23, 2022Ogos 23, 2022

Sony telah mengesahkan PlayStation VR2 bakal hadir untuk pengguna dan peminat di luar sana. Berdasarkan perkongsian dari Instragram, PS VR2 bakal dilancarkan seawal tahun 2023 depan.

Ketika ini, terdapat lebih 20 buah permainan video maya yang telah tersedia untuk platform itu semasa pelancarannya nanti.

{suggest}

Selain itu, Sony juga telah berkongsikan nama rasmi akan alat kawalan (controller) baharunya, PlayStation VR2 Sense dan spesifikasi PSVR2 seperti di bawah:

Jenis Paparan: OLED 

Resolusi Panel: 2000 x 2040 

Kadar Segar Semula: 90Hz, 120Hz 

Sudut Pandangan: Sekitar 110 Darjah 

Sensor:

  • Sensor Pergerakan: Sistem pengesan pergerakan enam-paksi (giroskop 3-paksi, accelerometer 3-paksi) 
  • Sensor Lampiran: Pengesan kehampiran IR 

Kamera:

  • 4 kamera terbina pada set kepala (headset)  
  • Kamera IR untuk menjejak mata 

Respon Haptik: Getaran Pada set kepala 

Sambungan Pada PS5: USB Type-C

Audio 

  • Input: Mikrofon terbina  
  • Output: Bicu audio stereo 

Selain daripada spesifikasi di atas, Sony juga mengumumkan game PSVR2 pertama yang digelar Horizon Call of the Mountain.

Sumber: videogameschronicle

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress