Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PlayStation Berdepan Tuntutan Saman Lebih RM26 Bilion

PlayStation Berdepan Tuntutan Saman Lebih RM26 Bilion

Diterbitkan Ogos 22, 2022 oleh Amalina Athman

Memetik laporan terkini, Sony PlayStation berdepan tuntutan saman £5 bilion atau kira-kira lebih RM26 bilion di United Kingdom (UK) atas dakwaan menawarkan permainan video dan pembelian dalam permainan (in-game purchase) yang terlalu mahal.

Diwakili oleh Alex Neill, tindakan undang-undang itu melibatkan hampir sembilan juta pengguna. Tuntutan yang difailkan di Tribunal Rayuan Persaingan, mendakwa syarikat permainan video itu telah melanggar undang-undang dengan menyalahgunakan kedudukannya sebagai peneraju pasaran.

Berkaitan

  • Sony Rancang Separuh Permainan Tersedia Untuk PC Dan 'Mobile' Menjelang 2025
  • Sony Akan Tingkatkan Pengeluaran PlayStation 5 Apabila Hal Ini Pulih
  • Sony PlayStation Mungkin Akan Lancarkan 'PC Launcher'

Sony PlayStation dikatakan telah mengenakan terma dan syarat yang tidak adil ke atas pembangun dan pengeluar permainan video, termasuk komisen 30% ke atas setiap pembelian permainan digital atau dalam permainan yang dibuat melalui PlayStation Store.

Tindakan syarikat itu telah menyebabkan kenaikan harga untuk pengguna, serta didakwa menyebabkan pelanggan “dikenakan bayaran berlebihan secara tidak disedari” untuk pembelian permainan digital, sehingga berjumlah £5 bilion sejak enam tahun yang lalu.

Dianggarkan ganti rugi bagi setiap individu dalam tuntutan itu berjumlah antara £67 (RM355) hingga £562 (RM2977). Ia terpakai kepada mana-mana pelanggan yang telah membeli permainan digital atau kandungan tambahan pada konsol mereka atau melalui PlayStation Store sejak Ogos 2016.

Sumber: BBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY