Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pusat Kecemerlangan Area 57 Menjadi Pusat Sehenti Pembangunan Teknologi Berkaitan Dron

Pusat Kecemerlangan Area 57 Menjadi Pusat Sehenti Pembangunan Teknologi Berkaitan Dron

Diterbitkan September 21, 2021 oleh ariff bukhari

Pada 17 September lalu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan majlis pra-pelancaran Pusat Kecemerlangan Area 57 di Technology Park Malaysia.

Sempena pra-pelancaran itu, satu demontrasi dron telah diadakan.

Pusat Kecemerlangan Area 57 merupakan pusat sehenti yang pertama untuk inovasi Sistem Pesawat Udara Tanpa Pemandu (UAV dan UAS) di wilayah tengah Malaysia.

Di kawasan seluas 5 ekar itu, Area 57 juga menyediakan infrastruktur bersepadu bagi perkhidmatan penyelidikan, pembangunan, pengujian, pensijilan, pembuatan, pengkomersialan serta penyelenggaraan penyelesaian dan teknologi berkaitan dron untuk memanfaatkan komuniti pengguna dan pengeluar dron.

Pusat sehenti dron ini dilengkapi dengan landasan dron sepanjang 100 meter, kawasan jaring dron berkeluasan yang 300 meter persegi, tapak mock up pengujian dron, hangar, makmal, peralatan pembuatan, fasiliti latihan dan kawasan pengujian prototaip, pejabat operasi serta bengkel perkhidmatan dan penyelenggaraan dron untuk kegunaan pengendali dron.

Pusat Kecemerlangan Area 57 merupakan salah satu tambahan di bawah penyeliaan Sandbox Teknologi dan Inovasi Nasional (NTIS) yang mempunyai tiga lapangan ujian atau test site lain di FELDA Mempaga Pahang, Zon Dron dan Robotik Iskandar (DRZ Iskandar) dan dron penghantaran urban di Cyberjaya.

Sumber: MOSTI

Baca juga:-

  • UTHM Bina Dron Terbesar Pertama Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY