Roket Virgin Galactic Sedia Bawa Penumpang Ke Orbit, Deposit Tiket RM700,000

Pesawat roket Virgin Galactic, Unity telah berjaya menyelesaikan penerbangan angkasa lepas komersial pertamanya, selepas 2 kolonel tentera udara Itali, seorang jurutera aeronautik dari Majlis Penyelidikan Kebangsaan Itali dan seorang pengajar Virgin Galactic terbang bersama dua juruterbang pesawat itu dalam penerbangan sub-orbital yang berlangsung selama 90 minit.

https://twitter.com/virgingalactic/status/1674444931304427520?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1674444931304427520%7Ctwgr%5E40d209b19cc2e73a27b5bad74e393897ac1a1c0a%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.ndtv.com%2Fworld-news%2Fvirgin-galactic-completes-first-commercial-spaceflight-tickets-priced-at-4164962

Penerbangan bersejarah itu turut ditayangkan secara langsung melalui YouTube.

https://www.youtube.com/watch?v=0-bnaq9BKio

Virgin Galactic menggunakan pesawat induk dengan dua juruterbang yang berlepas dari landasan. Selepas memperoleh altitud tinggi yang ditetapkan, pesawat roket Unity akan dilepaskan dan  terbang ke angkasa pada kelajuan hampir 3 Mach (3675.132km/j) sebelum meluncur kembali ke Bumi.

Penumpang di dalam kabin pesawat angkasa akan dapat merasai pengalaman beberapa minit tanpa graviti dan menyaksikan sekilas lengkungan Bumi dari lebih 80 kilometer di atas paras laut.

Selepas kejayaan penerbangan komersil pertamanya itu, Virgin Galactic bersedia untuk menerima pelancong angkasa pertamanya.

Jualan tiket sudah pun dibuka di mana harganya adalah berjumlah USD450,000 (~RM2.1 juta) seorang.

Penumpang Unity boleh menyerahkan permohonan Spaceflight mereka dan meletakkan kad kredit sementara bernilai USD10,000 (~RM46,790) sebagai jaminan permohonan mereka dilihat.

Setelah permohonan diterima, penumpang akan dijemput untuk membincangkan butiran dan soalan dalam panggilan peribadi dengan Pejabat Angkasawan Virgin Galactic.

Untuk mengesahkan tempahan, penumpang diminta melengkapkan kertas kerja awal dan membayar deposit sebanyak USD150,000 (~RM700,000).

Pada ketika itu, perjalanan penumpang Unity ke angkasa lepas akan disahkan. Setakat ini dikhabarkan sekitar 800 tiket penerbangan Unity sudah pun terjual.

{suggest}

Sumber: Virgin Galactic, NDTV