Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelajar Terbangkan Kamera Insta360 X3 Setinggi 32 Kilometer Ke Udara

Pelajar Terbangkan Kamera Insta360 X3 Setinggi 32 Kilometer Ke Udara

Diterbitkan Jun 30, 2023 oleh ariff bukhari

Sekumpulan pelajar dari Karman Space Program (KSP) telah berjaya menerbangkan model kamera aksi Insta360 X3 ke udara setinggi 32 kilometer (100,000 kaki).

Penerbangan yang dilaksanakan itu menerusiProject Eclipse adalah misi yang dilancarkan pada Hari Bumi 2023 untuk menguji avionik penerbangan dan peralatan strim langsung projek pelajar itu pada altitud tinggi.

Penerbangan itu mengambil masa selama 3 jam 9 minit untuk mencapai ketinggian maksimum 32 kilometer.

Mereka juga berjaya mendapatkan semula data penerbangan dan rakaman daripada dua kamera Insta360 tersebut.

https://www.instagram.com/reel/CtsgETnuL0C/?utm_source=ig_embed&ig_rid=eeb6926d-f5af-40e8-b12c-04f77fda4867

Di samping kamera Insta360 X3, Eclipse turut membawa sistem avionik untuk ujian dan meletakkan infrastruktur penstriman langsung stesen bumi KSP. Pasukan itu sedang bersedia untuk melancarkan satu lagi roket ujian iaitu X-Calibur dan roket dwi-peringkat, Orion.

Pada masa ini, KSP sedang membangunkan roket boleh guna semula di mana mereka berhasrat untuk menjadi pasukan pertama yang diketuai pelajar melancarkan roket boleh guna semula.

Karman Space Program terdiri daripada tujuh puluh pelajar dari sepuluh jabatan berbeza di Imperial College London. Matlamat mereka adalah untuk mencapai ruang angkasa menggunakan roket yang boleh diguna semula.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Insta360 GO 3 Rasmi Di Malaysia Bermula RM1,799
  • ASUS Zenfone 10 Akhirnya Rasmi, Hadir Saiz Kompak 5.9 Inci

Sumber: KSP, Peta Pixel

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY