Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ROG Phone 6 Pro

ROG Phone Mungkin Hadir Dengan Model Baharu

Diterbitkan Ogos 24, 2022 oleh Firdaus

Asus ROG mungkin akan melancarkan peranti baharu yang lain setelah pelancaran siri ROG Phone 6 pada tahun ini. Peranti baharu itu boleh kita anggap sebagai variasi baharu bagi siri ROG Phone 6.

d9c7a304-d81e-46a6-bfbd-765e115f3d7e (1)

Pada awal minggu ini, muncul 2 model 5G yang baharu dengan nombor model ASUS_AI2203_A dan ASUS_AI2203_B di ruangan internet. Mengikut sumber, nombor model tersebut dimiliki oleh Asus ROG Phone 6D yang bakal dilancarkan nanti.

Berkaitan

  • Sah, PlayStation VR2 Akan Hadir Awal Tahun 2023
  • Xiaomi Lancar 5 Produk 'Smart Home' Untuk Pasaran Malaysia
  • Bukan China, Apple Dikhabar Akan Hasilkan iPhone 14 Di India

Selain itu, peranti tersebut dijangka akan dikuasakan cip pemprosesan Dimensity 9000+. Oleh itu, kita boleh mengagak abjad ‘D’ dalam nama itu berkemungkinan besar merujuk kepada cip ‘Dimensity’ yang digunakannya.

ROG Phone Mungkin Hadir Dengan Model Baharu

Setakat yang diketahui, peranti ini akan disokong dengan bateri sebesar 6,000mAh dan pengecas berkapasiti 65W. Ia juga mungkin mempunyai kamera utama 50MP Sony IMX766 dan skrin 165Hz daripada Samsung.

Bagi anda yang ingin mengetahui ulasan berkaitan ROG Phone 6 Pro, anda boleh baca di SINI.

Sumber: Gizmochina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY