Google Messages telah mengumumkan lima ciri keselamatan baharu yang akan meningkatkan keselamatan dan privasi perbualan penggunanya di aplikasi Android.
1. Pengesanan penghantaran pakej dan penipuan pekerjaan
Pertama, Google Messages menambah perlindungan baharu terhadap mesej penipuan yang kelihatan tidak berbahaya tetapi boleh membawa kepada penipuan.
Untuk pengguna beta Google Messages, ciri pengesanan penipuan yang dipertingkatkan sedang diperkenalkan, dengan fokus pada mesej penghantaran bungkusan dan pencarian kerja.
Jika Google Messages mengesyaki mesej penipuan, ia akan secara automatik memindahkan mesej tersebut ke folder spam atau memberi amaran kepada pengguna.
Ciri ini menggunakan pembelajaran mesin pada peranti, memastikan privasi perbualan anda terjaga.
2. Amaran pintar pautan yang berpotensi berbahaya
Google Messages juga telah menguji perlindungan tambahan untuk pengguna apabila menerima mesej dengan pautan berbahaya.
Di India, Thailand, Malaysia, dan Singapura, Google Messages memberi amaran kepada pengguna apabila menerima pautan daripada penghantar tidak dikenali dan menyekat mesej daripada penghantar mencurigakan.
Ciri ini akan diperluaskan secara global akhir tahun ini.
3. Kawalan untuk mematikan mesej daripada pengirim antarabangsa yang tidak dikenali
Kadang-kadang, mesej penipuan datang dari nombor antarabangsa. Tidak lama lagi, anda boleh menyembunyikan mesej secara automatik daripada penghantar antarabangsa yang bukan dalam senarai kenalan.
Jika diaktifkan, mesej ini akan dipindahkan secara automatik ke folder “Spam & blocked“. Ciri ini akan diuji terlebih dahulu di Singapura pada akhir tahun ini sebelum diperluaskan ke negara lain.
Selain itu, Google Messages sedang membangunkan ciri yang menyembunyikan mesej daripada nombor antarabangsa yang tidak dikenali dan menghantar mesej tersebut secara automatik ke folder “Spam & blocked”. Ciri ini akan diuji di Singapura akhir tahun ini.
4. Amaran Kandungan Sensitif
Google turut memperkenalkan Ciri Amaran Kandungan Sensitif untuk Google Messages bagi melindungi pengguna daripada kandungan yang tidak diingini sambil mengekalkan kawalan ke atas data penguna.
Ciri ini akan mengaburkan imej yang mungkin mengandungi kandungan lucah dan memberi amaran dengan pilihan untuk melihat atau mencari bantuan.
Apabila ciri ini diaktifkan, ia juga mengingatkan pengguna tentang risiko menghantar imej lucah sebelum mesej dikirim.
Google menyatakan, semua proses ini berlaku di peranti untuk menjaga privasi, tanpa Google mengakses kandungan imej.
Ciri ini akan diperkenalkan kepada peranti Android 9+ dalam beberapa bulan akan datang.
5. Lebih banyak pengesahan tentang orang yang bermesej dengan anda
Akhir sekali adalah ciri pengesahan kenalan untuk Android bagi membantu anda mengelak ancaman mesej di mana penyerang menyamar sebagai kenalan.
Ciri ini membolehkan anda mengesahkan kunci awam kenalan bagi memastikan anda berkomunikasi dengan orang yang betul.
Pengesahan ini boleh dilakukan melalui imbasan kod QR atau perbandingan nombor.
Ciri ini akan dilancarkan tahun depan untuk peranti Android 9+ dan akan menyokong aplikasi pemesejan termasuk Google Messages.
Jadi, diharap dengan ciri-ciri baharu ini akan dapat membantu pengguna mengelak daripada menjadi mangsa scammer.
{suggest}
Sumber: Google Online Security Blog