Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
lol vs mobile legend

Riot Menyaman Mobile Legends Atas Tuduhan Meniru ‘Game’ Mereka

Diterbitkan Mei 11, 2022 ยท Dikemas kini Mei 11, 2022 oleh Firdaus

Riot Games merupakan pembangun kepada permainan berbilang pemain League of Legends telah menyaman Moonton Technology (kini milik Bytedance), pembangun kepada Mobile Legends: Bang Bang.

moonton 1

Pada awalnya, Riot pernah menyaman Moonton atas permainan Mobile Legends: 5v5 MOBA di mana Riot mengatakan ia meniru bulat-bulat akan League of Legends. Selepas itu, Moonton terus melancarkan permainan baharu, Mobile Legends: Bang Bang.

Walaupun begitu, ia masih permainan yang sama dengan Mobile Legends: 5v5 MOBA dengan sedikit perubahan yang dibuat oleh Moonton. Riot Games menyatakan Moonton memang sengaja mengambil kesempatan ke atas harta intelektual permainan League of Legends.

Berikut merupakan contoh pencerobohan harta intelek yang dilakukan Moonton terhadap Riot Games:

moonton 2
moonton 3
moonton 4

Seperti “masuk telinga kanan, keluar telinga kiri“, Moonton masih terus mengaut keuntungan daripada plagiat mereka terhadap harta intelek LoL biarpun telah menerima banyak notis pelanggaran daripada Riot Games.

moonton 5

Dengan begitu banyak bukti plagiat, pelanggaran hak cipta dan harta intelek daripada Riot Games, saya berpendapat Riot Games sudah lama mengumpul bukti-bukti ini.

Melalui saman ini, Riot Games berhasrat untuk menghentikan Moonton daripada terus menerus menunggang ke atas kandungan, kempen, rekaan dan watak permainan mudah alih mereka, League of Legends: Wild Rift.

Sumber: Polygon, reuters

Baca juga:

  • Saintis Mencipta ‘Mouth Haptics’ Untuk VR – Boleh Rasa Angin Dan Air
  • Telefon Samsung Dengan Kamera 200MP Mungkin Hadir Tahun Hadapan
  • Selamat Tinggal FIFA, ‘Game’ Bola Sepak Popular Rasmi Tukar Nama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY