Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oneplus 10t 5G

Respon OnePlus Terhadap Kegagalan Ujian Ketahanan OnePlus 10T Oleh YouTuber

Diterbitkan Ogos 25, 2022 oleh ariff bukhari

Seorang YouTuber bernama Zack dari JerryRigEverything telah menjalankan ujian ketahanan ke atas OnePlus 10T bagi melihat sama ada model telefon pintar itu lebih tahan daripada OnePlus 10 Pro.

Sebelum ini ujian ke atas OnePlus 10 Pro menunjukkan ia dengan mudah dilentur dan terus merosakkan peranti tersebut.

Selepas ujian tekanan lenturan dibuat Zack ke atas OnePlus 10T mendapati, ia melentur dan mula membengkok di bahagain yang sama sepertimana di alami oleh OnePlus 10 Pro.

OnePlus 10T

Berkaitan

  • OnePlus: Ketiadaan 'Alert Slider' Pada OnePlus 10T 5G Ada Hikmahnya
  • OnePlus 10T 5G Rasmi Dilancar, Hadir Dengan Cip Snapdragon 8+ Gen 1
  • RM3,199 Jadi Harga Rasmi OnePlus 10T Untuk Pasaran Malaysia

Ekoran itu, pihak OnePlus telah respon dengan mengeluarkan kenyataan berikut:

“OnePlus 10T memenuhi atau melebihi semua prosedur ujian ketahanan OnePlus jalankan, ini termasuklah ujian tekanan di mana peranti digantung manakala berat digunakan pada bahagian tengahnya, di bahagian depan dan belakangnya. OnePlus 10T mempunyai reka bentuk kejuruteraan struktur yang dipertingkatkan dan boleh menampung lebih daripada 45kg daya luaran dalam ujian ini yang diuji di makmal OnePlus.”

“Apabila mereka bentuk, kejuruteraan dan pembuatan peranti OnePlus, kami memastikan ia bukan sahaja menawarkan reka bentuk yang cantik dan tidak membebankan tetapi juga tahan lama supaya ia dapat menahan penggunaan harian,”

Ujian ketahanan yang dibuat oleh YouTuber itu jika dilihat adalah melebih daripada apa yang pengguna umum akan lakukan terhadap telefon pintar mereka.

Jadi, harapnya anda tidaklah perlu terlalu bimbangkan tentang ketahanan peranti tersebut kerana ujian makmal yang dijalankan oleh OnePlus adalah bersesuaian dengan penggunaan umum harian pengguna.

 

Sumber:  gadgets360.com

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY