Beberapa hari sebelum acara Xiaomi berlangsung, peranti yang dijangka diumumkan semasa hari tersebut adalah siri Xiaomi 11T. Peranti ini sudah pun menerima pengesahan SIRIM bulan lalu dan tidak mustahil ia dilancarkan tidak lama lagi.
Jika sebelum ini tidak banyak maklumat berkaitannya tetapi kini rekaan bagi Xiaomi 11T Pro didedahkan. Berdasarkan gambar tersebut, ia menepati dengan imej komputer dari 91mobiles.
Belakang peranti mempunyai tiga tetapan kamera dimana utamanya 108MP. Selain itu, di sisinya juga tampil dengan pengimbas cap jari, berbeza daripada Mi 11 yang ada pada skrin.
Remember the guy leaked the Xiaomi 11T Pro? Welp, he's back with a…that's right! High res renders based on what he saw in real life (to protect the source). Side fingerprint, glass metal sandwich design, triple 108MP cam.https://t.co/OfWA6hGeUT https://t.co/T4rE3KBXhJ pic.twitter.com/chNVmSLkD6
— Fuck NNN, Imma get the vaccine soon (@chunvn8888) August 31, 2021
Khabar angin lain adalah skrin AMOLED bersama resolusi FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz, bateri 5000mAh serta pengecasan 120W. Cip pemproses yang digunakan mungkin Snapdragon 888. Spesifikasi ini juga hampir sama dengan laporan sebelum ini.
Tambahan lagi, Roland Quandt turut mendakwa bahawa acara Xiaomi bulan ini bakal menyaksikan siri Xiaomi 11T dilancarkan. Oleh itu, sama-sama kita nantikan.
Sumber: notebookcheck
Baca juga:
- Satu Lagi Telefon Xiaomi Mi 11 Akan Masuk Malaysia
- Xiaomi CC11 Dijangka Tiba Tak Lama Lagi, Mungkin Siri Xiaomi Note 11
- Ini Senarai Telefon Pintar Xiaomi Yang Dijangka Akan Terima Dan Tidak Terima Kemas Kini Android 12