Bercakap mengenainya, HONOR dikatakan semakin hampir untuk melancarkan model terbaru dalam siri perdananya itu.
Ini kerana rekaan sebenar bagi model HONOR 20 didakwa telah pun didedahkan secara atas talian baru-baru ini.
Melihat kepada imej diatas, ia jelas memaparkan rekaan tiga lensa kamera utama disamping tiada sensor imbasan cap jari di panel belakangnya.
Kamera utama HONOR 20 ini dilaporkan akan hadir dengan lensa 48MP + 20MP + 8MP.
Selain rekaan, spesifikasi peranti ini juga dikatakan telah tertiris. Antara yang menarik ialah penggunaan cip Kirin 980, skrin 6.1-inci OLED, pengecasan pantas 22.5W serta kamera swafoto 32MP.
Harga jualan yang didakwa bagi keluaran terbaru HONOR ini ialah CNY2999(~RM1824) bagi versi 6GB/128GB, CNY3399(~RM2067) untuk variasi 8GB/128GB manakala versi 8GB/256GB pula akan dijual pada harga CNY3799(~RM2310).
Bagaimanapun, tiada maklumat mengenai tarikh pelancaran rasmi bagi HONOR 20 berjaya kami perolehi setakat ini.
Sumber: Android Authority Weibo
Berkaitan
- Huawei Mate 20 Pro Dilapor Boleh Bertindak Sebagai Pengecas Tanpa Wayar
- Kre8tif 2018 Cyberjaya- Apabila Seni Kreatif Dan Teknologi Digital Bergabung
- TNB Bakal Umum Maklumat Lanjut Mengenai Projek Jalur Lebar Pada Januari 2019
- CES 2017: Xiaomi - Mi TV4 Lebih Nipis Berbanding iPhone 7
- Pengganti Android, Fuchsia OS Diuji Di Peranti Honor Play
- Video Berkaitan Permainan Video Ditonton Selama Lebih 500 Bilion Jam Sepanjang 2018
- #MWC2019- Samsung Galaxy S10 5G, Kita Masih Belum Bersedia
- Senarai Lebih 20 Peranti Samsung Yang Bakal Menerima Kemaskini Android Pie Dikeluarkan
- HONOR MAGICWATCH 2
- SKMM Bakal Jalankan Kajian Pengguna Telefon Bimbit 2018 Sehingga 12 Disember Ini