Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Model MacBook Dengan Cip ARM Dijangka Akan Diperkenal 17 November Depan

Ming-Chi Kuo: Apple Akan Guna Paparan Mini-LED Bagi Barisan Macbook Mulai Tahun Hadapan

Diterbitkan Disember 3, 2020 oleh Amsyar Latif

Penganalisis Apple terkenal, Ming-Chi Kuo berpendapat bahawa Apple akan menggunakan paparan mini-LED bagi produk MacBook mereka.

Katanya, dua model Macbook Pro dengan saiz 14 inci dan 16 inci yang pernah dinyatakan sebelum ini akan hadir buat pasaran pada tahun 2021.

Malah, beliau turut menjangkakan MacBook Air akan mengikuti jejak langkah MacBook Pro dengan paparan mini-LED serta lebih mampu milik akan dilancarkan pada tahun 2022.

MacBook Magic Keyboard

Sekiranya anda masih tertanya-tanya apakah itu mini-LED, ia sebenarnya membenarkan pembangun untuk memuatkan lebih banyak LED pada panel yang seterusnya memberikan paparan lebih baik.

Penggunaan mini-LED ini akan memakan kos pembuatannya akan tetapi dengan hadirnya Apple Silikon, ia akan mengimbangi harga bagi produk ini.

Tambahan lagi, jika Apple bertukar kepada paparan mini-LED dan digandingkan dengan cip pemproses Apple Silikon, pasti kita akan dapat lihat peningkatan jualan bagi barisan produk MacBook.

Sumber: apple insider

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY