Rekaan Barisan Xiaomi Mi 11 Baharu Yang Akan Dilancar Malam Ini Tertiris

Beberapa jam sahaja lagi sebelum pelancaran beberapa produk baharu oleh Xiaomi yang akan berlangsung pada malam ini.

Menjelang pelancarannya, rekaan bagi barisan Mi 11 yang baharu telah tertiris yang mana terdiri daripada Mi 11 Ultra, Mi 11i dan Mi 11 Lite 4G/5G.

Untuk telefon Mi 11i, ia dikhabarkan hanyalah sebuah peranti yang dijenamakan semula daripada Redmi K40 Pro+.

Kapsyen: Mi 11i


Dengan ini, mungkinkah telefon POCO mempunyai harapan bagi kehadiran POCO F3 Pro memandangkan POCO F3 adalah telefon yang dijenamakan semula dari Redmi K40.

Selain itu, tumpuan utama malam ini semestinya telefon yang berkuasa dalam siri tersebut, iaitu Mi 11 Ultra dimana ia tampil dengan modul kamera yang besar berserta paparan kecil di sebelahnya.

Mengenai paparan kecilnya itu, ia dikatakan adalah bertujuan untuk mengambil swafoto menggunakan kamera belakang dan juga mampu memaparkan notifikasi.



Tambahan lagi, sensor kameranya turut menggunakan sensor terbaharu dari Samsung iaitu ISOCELL GN2 50MP untuk kamera utamanya. Digandingkan bersama 48MP ultra lebar dan 48MP telefoto.

Bagi Mi 11 Lite pula, telefon ini telah banyak diperkatakan sejak pelancaran Mi 11 pada awal bulan yang lalu. Selain hadir dengan versi 4G dan 5G, ia juga dijana cip Snapdragon 780G untuk versi 5G.

Oleh yang demikian, sekiranya anda peminat jenama Xiaomi, adakah anda bersedia dengan acara ini kerana mereka turut bakal memperkenalkan telefon boleh lipat, cip pemproses baharu, Mi Notebook Pro serta Mi Band 6.

Sumber: voice via gizmochina