Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tab s8 render 4

Reka Bentuk Samsung Galaxy Tab S8 Ultra Didedahkan, Datang Bersama Takuk

Diterbitkan November 19, 2021 · Dikemas kini November 19, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Samsung telah melancarkan Galaxy Tab S7 dan S7 Ultra tahun lalu sebagai tablet kelas andalan. Terdahulu, kami telah kongsikan spesifikasi Samsung Galaxy Tab S8.

Terbaru, Onleaks dan 91mobiles melaporkan sebahagian spesifikasi dan imej komputer untuk Galaxy Tab S8 Ultra.

Galaxy Tab S8 Ultra dikaatakan akan membawa paparan sebesar 14.6 inci , resolusi 4K dengan 120Hz, bateri berkapasiti 11,500 mAh, dikuasakan Exynos 2200. Galaxy Tab S8 sebesar 11 inci dan S8+ sebesar  12.4 inci. Imej janaan komputer juga mengesyorkan Galaxy Tab S8 Ultra dua kamera di belakang, jalur magnetik untuk S Pen, pembesar suara quad, port USB-C namun tiada lubang fon kepala.

Namun apa yang menarik pada Tab S8 Ultra ialah ia hadir dengan takuk menempatkan kamera depan disebabkan bezelnya yang nipis. Ia juga diramal lebih tinggi dan langsing berbanding Galaxy Tab S7+.

tab s8 render 5 Reka Bentuk Samsung Galaxy Tab S8 Ultra Didedahkan, Datang Bersama Takuktab s8 render 3 tab s8 render 2 tab s8 render 1

Imej janaan komputer ini bagaimanapun bukan imej sebenar dan tepat. Model sebenar kelak pastinya akan ada perubahan sama ada sedikit mahupun banyak.

Disebabkan masalah bekalan cip, mungkin ia hadir seawal suku pertama tahun depan ini.

Sumber: 91mobiles

Baca juga:

  • Samsung Galaxy Tab S8 Ultra, Mungkin Skrin Bezel Nipis Dan OLED 14 Inci
  • Ini Senarai Model Samsung Dan Cip Yang Mungkin Digunakan Tahun Depan
  • Samsung Galaxy Tab S8 Tertiris, Mungkin Ini Spesifikasinya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY