Reka Bentuk Peranti Boleh Lipat Samsung Tertiris Dalam Satu Video Acah

Selain siri Galaxy S10, peminat Samsung berharap agar dapat melihat peranti sebenar bagi model telefon boleh lipat mereka di acara MWC 2019 hujung bulan ini.

Impian mereka itu semakin cerah untuk dicapai selepas satu video acah bagi peranti tersebut telah tertiris atas talian semalam.

https://youtu.be/w_308g3WDgQ

Melalui video di atas, kita dapat lihat bahawa peranti ini mempunyai bezel yang agak nipis selain boleh digunapakai dalam bentuk tablet, seperti yang dijangka.

 



Antara perkara lain yang menarik perhatian ialah kemungkinan peranti ini boleh digunakan untuk mengimbas kandungan si ibu dan menyokong sambungan 5G serta teknologi AR.

Apa pun, kita perlu menunggu sehingga acara MWC berlangsung kelak atau acara "Unpacked" pada 20 Februari nanti untuk mengetahui fungsi dan ciri rasmi yang ada pada peranti yang digelar Samsung Galaxy F ini.

 

Kredit Video: Ishan Agarwal

Sumber: GSMArena

Berkaitan