Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Redmi Note 8 Pro Bakal Hadir Dengan Edisi Istimewa

Posted on Ogos 10, 2020Ogos 10, 2020

Umum mengetahui, Redmi Note 8 Pro telah pun ada penyambung legasi iaitu Redmi Note 9 Pro. Namun, Xiaomi kini mengumumkan Redmi Note8 Pro Special Edition bakal hadir dalam barisan keluarga Redmi Note 8.

A new special edition is about to join our #RedmiNote8Pro family. Can you guess the name of the color?

Hint: Xiaomi
Answer: ____

#LiveToCreate pic.twitter.com/Jobnrmcf4C

— Xiaomi (@Xiaomi) August 9, 2020

Berdasarkan kiriman di Twitter, syarikat itu memberikan bayangan mengenai warna yang berkaitan Xiaomi. Memandangkan warna rasmi Xiaomi adalah jingga, ia hampir pasti warna yang bakal ditawarkan adalah jingga.

Redmi Note 8 Pro Special Edition

Pada Januari lalu, varian warna Twilight Orange telah dilancarkan dalam pasaran China. Bagaimanapun, ia tidak lagi ditawarkan pada masa ini. Xiaomi dijangka akan melancarkan kembali pilihan warna tersebut, dan kemungkinan kali ini ia dilancarkan secara global serta hadir dengan kotak pembelian istimewa sempena ulangtahun ke-10 Xiaomi.

Tahun lalu, Redmi Note 8 Pro diperkenal dengan skrin paparan 6.53 inci LCD FHD+ dengan rekaan takuk. Ia dikuasakan cip MediaTek Helio G90T dengan gandingan 6GB RAM dan 64GB storan dalaman. Bagi tetapan kamera, ia hadir dengan 4 kamera belakang yang terdiri daripada 64MP utama, 8MP sudut ultra lebar, 2MP makro dan 2MP sensor manakala 20MP untuk kamera swafoto.

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress