Redmi Note 8 Disahkan Bakal Hadir Tidak Lama Lagi

Bagi anda yang tertanya-tanya sama ada Redmi Note 8 akan dikeluarkan atau tidak, ia kini disahkan bakal hadir tidak lama lagi.

Ini adalah berdasarkan jawapan daripada Pengurus Besar sub-jenama Redmi, Lu Weibing selepas disoal oleh peminat pada laman Weibo beliau. Menurut Weibing, Redmi Note 8 sedang berada dalam pembangunan dan akan lebih berkuasa berbanding pesaing lain.



Spesifikasi mengenai peranti ini masih belum didedahkan lagi tetapi khabar angin ada mengatakan ia mungkin dilengkapi dengan cip terbaru MediaTek Helio G90T. Redmi sebelum ini ada mengesahkan bahawa mereka akan menggunapakai cip memfokuskan permainan itu.

Redmi Note 8 turut diramal akan mempunyai lensa kamera 64MP yang mana teknologi itu telah dijadualkan tontonannya pada 7 Ogos ini. Xiaomi diharap dapat memberi kejutan melalui Redmi Note 8, lebih-lebih lagi siri Note ini sememangnya cukup popular dalam kalangan peminat jenama tersebut.

Sumber: GSMArena