Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Helio G90t

MediaTek Umum Cip Helio G90/90T, Fokus Kepada Permainan Mudah Alih

Diterbitkan Julai 31, 2019 oleh Helmi Samsuri

Syarikat pembuat cip Taiwan, MediaTek telah mengumumkan dua cip terbaru, Helio G90 dan G90T, cip lapan teras dengan kelajuan memproses sehingga 2.05GHz. Ia merupakan kombinasi dua teras Cortex-A76 dan enam teras Cortex-A55. Helio G90 dan G90T diberikan sokongan RAM sehingga 10GB LPDDR4X serta GPU Mali G76 bersama kepantasan mencecah 800MHz.

Kedua-duanya merupakan cip pertama dari MediaTek yang memfokuskan kepada permainan mudah alih dimana syarikat tersebut menyertakan teknologi dipanggil sebagai HyperEngine, berupaya memberikan lebih prestasi kepada telefon pintar.

Selain menyokong HDR10, cip baru ini turut enjin rangkaian yang akan menggabunngkan WiFi dan LTE secara automatik untuk meningkatkan lagi kekuatan isyarat sambungan. Melalui G90 dan G90T juga, kawalan pada skrin sesentuh akan merasa lebih responsif.

PSiri baru dalam pengeluaran cip oleh MediaTek ini disasarkan kepada peranti memfokuskan permainan seperti ASUS ROG Phone 2 dan Razer Phone 2. Namun begitu, pengeluar peranti pula lebih terarah kepada cip dari Qualcomm. Mungkin dengan adanya Helio G90 dan G90T ini mampu memberikan saingan kepada pesaingnya itu.

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY