Redmi Akan Pertontonkan Teknologi Kamera 64MP 7 Ogos Ini

Selain Realme yang dilaporkan bakal hadir dengan peranti 4 kamera dilengkapi lensa 64MP pada 8 Ogos ini, Redmi juga dikatakan akan turut sama memasuki persaingan ini.

Menjadualkan tarikh 7 Ogos ini, Redmi telah menjemput media untuk tujuan mempertontonkan teknologi kamera 64MP. Belum dapat dipastikan lagi sama ada acara itu akan memperlihatkan peranti sebenar atau sekadar penerangan mengenai teknologi fotografi yang akan digunapakai pada model akan datang.



Terdahulu, Redmi sedia mengacah peminat dengan hasil imej 64MP yang menunjukkan perincian dan ketajaman objek walaupun di zoom.

Peranti-peranti yang dikhabarkan ini berkemungkinan besar menggunakan sensor 64MP keluaran Samsung, ISOCELL Bright GW1. Melihat kepada pengumuman-pengumuman yang dibuat, peminat boleh menjangkakan akhir 2019 dan awal 2020 akan dibanjiri dengan lebih banyak lagi telefon pintar dilengkapi kamera 64MP.