Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
redmi note 10 5G

Redmi Note 10 5G Dengan Dimensity 700 Masuk Malaysia Esok

Diterbitkan Mei 19, 2021 oleh Amsyar Latif

Siri Redmi Note 10 nampaknya menjadi kegilaan ramai sejak ia diperkenalkan. Ini kerana, spesifikasi yang baik tetapi harganya amat murah.

Esok, dua buah lagi telefon Redmi bakal masuk buat pasaran tempatan, iaitu Redmi Note 10S dan Redmi Note 10 5G.

Untuk Redmi Note 10 5G, ia dikuasakan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 700 dengan padanan memori sehingga 6GB serta storan 128GB.

Baca juga – Ada Dua Lagi Paten Rekaan Telefon Dari Xiaomi, Bebas Takuk

Paparannya pula dilengkapi skrin berukuran 6.5 inci dengan sokongan kadar penyegaran 90Hz. Di dalam pula bekalan bateri sebesar 5000mAh diberikan dan menyokong pengecasan pantas 18W.

Redmi Note 10 5G_01

Bagi yang meminati fotografi, tiga tetapan kamera belakang menempatkan 48MP utama bersama-sama 2MP makro dan 2MP depth. Manakala kamera hadapan, 8MP.

Tambahan lagi, telefon pintar ini dijangka akan menjadi peranti 5G yang paling mampu dimiliki kerana ketika ia dilancarkan di China, harganya di bawah paras RM1000.

Baca juga – Xiaomi Dinobatkan Jenama Telefon Pintar Nombor Satu Di Malaysia Setakat Suku Pertama 2021

Oleh itu, sama-sama kita nantikan harga buat pasaran tempatan pula bagi dua telefon baharu ini esok, pada 20 Mei jam 8 malam di Facebook Xiaomi Malaysia.

Sumber: Siaran Akhbar Xiaomi

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY