Redmi Kongsi Sampel Gambar Dari Kamera 64MP

Sejak diasingkan daripada Xiaomi, Redmi semakin giat mengukuhkan nama mereka dalam pasaran. Ini dapat dilihat dengan penawaran siri K20 yang menghadirkan peranti berspesifikasi terbaik pada harga yang berpatutan.

Kini, mereka seakan-akan tidak mahu berlengah lagi dimana telah berkongsi imej 64MP yang  dirakam menggunakan telefon pintar Redmi.



Imej menunjukkan seekor kucing yang turut disertakan dengan imej zoom memperlihatkan butiran serta perincian yang berjaya dihasilkan. Ia tidak menerangkan tentang sensor apa yang digunakan tetapi berkemungkinan besar adalah sensor dari Samsung iaitu ISOCELL Bright GW1.

Melalui perkongsian yang dibuat ini, Redmi seakan-akan memberi isyarat mereka sudah bersiap-sedia menawarkan telefon pintar dengan keupayaan kamera yang lebih baik tidak lama lagi.

Selain Redmi, Realme terlebih dahulu mempertontonkan imej 64MP mereka pada bulan lalu.

Sumber: Weibo via @UniverseIce