Ini Hasil Gambar Dari Kamera 64MP Realme

Qualcomm, sebelum ini ada mendedahkan bahawa terdapat beberapa pengeluar telefon pintar sudah mula membangunkan peranti dengan keupayaan kamera 64MP.

Menyusuli perkhabaran itu, Samsung sekitar bulan Mei yang lepas telah mengumumkan sensor kamera 64MP, dikenali sebagai ISOCELL Bright GW1. Persoalan tentang pengeluar mana yang akan menggunapakai sensor tersebut bagaikan terjawab apabila, Madhav Seth, CEO Realme telah memuat naik hasil imej 64MP tersebut di Twitter.





Imej ini lebih dahulu dikongsikan oleh @UniverseIce dengan menyatakan, ia diambil dari peranti Realme menerusi sensor terbaru Samsung itu.

Hasil rakaman pada pencahayaan yang baik ini memperlihatkan sejumlah perincian pada bangunan. Masih belum dapat dipastikan tarikh sebenar Realme akan mengumumkannya tetapi berdasarkan kicauan oleh Madhav, ia bakal hadir pada suku ke-4 tahun ini.

ISOCELL Bright GW1 64MP didokong oleh teknologi Tetracell yang menawarkan prestasi lebih baik untuk rakaman pencahayaan rendah, autofokus pantas, dan menambahbaik ciri HDR.