Samsung Perkenal Sensor Kamera 64MP ISOCELL Bright GW1

Samsung Electronic hari ini telah melancarkan sebuah sensor kamera baru dikenali sebagai ISOCELL Bright GW1 dengan resolui 64MP.



 

Ia merupakan resolusi terbesar berbanding dengan apa yang ditawarkan pada pasaran setakat ini. ISOCELL Bright GW1 64MP ini menggunakan saiz piksel 0.8μm, sama seperti apa yang terdapat pada ISOCELL GM1 48MP.

Sama kaedah seperti 48MP GM1 yang menghasilkan gambar 12MP, Bright GW1 akan menggunakan teknologi Tetracell dimana 4 piksel digabungkan kedalam satu piksel, memberikan hasil foto 16MP. Selain itu, sensor 64MP ini juga didatangkan dengan ciri seperti Dual Conversion Gain (DCG) untuk prestasi yang lebih baik serta Super PD (Phase Detect) ciri lebih pantas untuk autofokus.

Turut diumumkan adalah sensor 48MP ISOCELL Bright GM2 yang mempunyai ciri-ciri hampir sama tetapi pastinya, piksel yang kurang. Pengeluaran secara besar-besaran bagi kedua-dua sensor diatas akan dilakukan pada separuh kedua tahun ini.

Pelancaran sensor 64MP oleh Samsung dilihat hampir selari dengan laporan pada Mac lalu, dimana Qualcomm telah menjangkakan telefon pintar dilengkapi kamera 64MP dan 100MP + bakal hadir penghujung tahun ini.

Sumber: Samsung