Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot (15)

Redmi Buds 3 Lite Boleh Dimiliki Pada RM99 – TWS Mampu Milik Dengan Bateri Sehingga 18 Jam

Diterbitkan Februari 10, 2022 oleh Meor Hasyim

Selain siri Redmi Note 11 dan Mi 2K Gaming Monitor  27″, Xiaomi juga turut memperkenalkan TWS mampu milik Redmi Buds 3 Lite berharga RM99.

Redmi Buds 3 Lite hadir dengan rekaan tradisional in-ear serta kerangka bujur telur.

Dengan kapasiti bateri 36mAh (TWS) + 315mAh (kerangka), ia membawakan ketahanan bateri 5 jam dan sehingga 18 jam keseluruhan melalui kerangkanya.

Redmi Buds 3 Lite_12-min
Redmi Buds 3 Lite_07-min (1)-min

Buds 3 Lite juga dibina dengan piawaian kalis air IP54 jadi pengguna boleh memakainya ketika bersenam.

Spesifikasi lain termasuk juga tambatan Bluetooth 5.2, pengecasan melalui Type-C, serta tempoh pengecasan penuh TWS adalah 1.5 hingga 2 jam.

Redmi Buds 3 Lite_10-min

Di Malaysia, jika berminat Redmi Buds 3 Lite ini boleh dimiliki berharga RM99 dengan 2 pilihan warna hitam atau putih. Menurut Xiaomi Malaysia, ia akan mula dijual tidak lama lagi.

Sumber: Siaran Akhbar Xiaomi Malaysia

Baca juga:

  • Ini Harga Rasmi Bagi Semua Model Redmi Note 11 Buat Pasaran Tempatan
  • Xiaomi Mi 2K Gaming Monitor 27″ Dengan QHD 165Hz Diperkenalkan Berharga RM1,699
  • Galaxy S22 Dan Tab S8 Boleh Dipratempah Mulai Hari Ini, Boleh ‘Trade-In’ Dan Dapat Baucar RM800

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY