Telefon gaming terbaru, REDMAGIC 10 Pro, akhirnya tiba di Malaysia. Telefon ini direka untuk memenuhi tuntutan pemain tegar permainan mudah alih.
REDMagic 10 Pro menggunakan cip pemproses Snapdragon 8 Elite yang menawarkan peningkatan prestasi sebanyak 45% dan kecekapan bateri 44% lebih baik berbanding generasi sebelumnya. Dilengkapi dengan memori LPDDR5X Ultra 24GB dan storan UFS 4.1 Pro sehingga 1TB, ia mampu menangani beban kerja yang intensif dengan mudah.
Dipadankan dengan paparan AMOLED eksklusif 6.85 inci yang dibangunkan bersama BOE, REDMAGIC 10 Pro menawarkan resolusi 1.5K (2688 x 1216) dengan kadar segar semula 144Hz dan kecerahan puncak 2,000 nits. Paparan ini menyediakan visual yang tajam dan responsif, sesuai untuk pengalaman permainan yang mengasyikkan.
Dengan sistem penyejukan ICE X yang menggunakan teknologi logam cecair, REDMAGIC 10 Pro berjaya menurunkan suhu teras sehingga 21°C, menjadikannya 19 kali lebih efektif daripada bahan penyejuk tradisional.
Struktur penyejukan 11 lapisan ini memastikan prestasi puncak walaupun di bawah beban kerja yang tinggi.
REDMAGIC 10 Pro hadir dengan sistem kamera tiga lensa, termasuk kamera utama 50MP OV50E dengan penstabilan imej optik (OIS) dan kamera ultra lebar 50MP OV50D, serta kamera depan 16MP yang terletak di bawah skrin, menawarkan estetika tanpa kompromi.
Telefon ini dilengkapi dengan bateri 7,050mAh dan sokongan pengecasan pantas 100W, membolehkan pengguna mengecas sepenuhnya dalam masa yang singkat.
REDMAGIC 10 Pro menampilkan reka bentuk belakang rata dengan ketelusan yang lebih tinggi, membolehkan pengguna melihat komponen dalaman telefon dengan jelas. Tersedia dalam tiga warna menarik Shadow, Moonlight, dan Dusk.
REDMAGIC 10 Pro Shadow ditawarkan dengan storan (12GB + 256GB) – RM3,199 (RM3,999) manakala REDMAGIC 10 Pro Dusk / Moonlight (16GB + 512GB) – RM3,999 (RM4,899).
REDMAGIC 10 Pro akan tersedia mulai 12 Disember 2024 di Lazada, Shopee dan laman web rasmi REDMAGIC.
REDMAGIC Malaysia menawarkan diskaun eksklusif sehingga RM900 serta hadiah percuma REDMAGIC Rock Magnetic Bluetooth Speaker bernilai RM149 dari 12 hingga 31 Disember 2024, selagi stok masih ada.
Beli di:
Shopee – https://invl.io/clm2wv3
Lazada – https://invol.co/clm2wv4
{suggest}
Sumber: Siaran media REDMAGIC