
Syarikat tersebut mendedahkan perkara itu melalui poster yang menunjukkan Realme X50 Pro 5G akan didatangkan dengan sokongan pengecasan pantas 65W SuperDart. Tidak disertakan anggaran masa pengecasan bagi telefon pintar tersebut.
Realme sepatutnya melancarkan X50 Pro 5G di MWC 2020 yang kini telah dibatalkan kerana kebimbangan penularan wabak Covid-19. Sebagai alternatif lain, syarikat itu telah mendedahkan X50 Pro 5G akan dilancarkan secara dalam talian pada 24 Februari depan.
Bagi spesifikasi, Realme X50 Pro 5G dikatakan mempunyai paparan Full HD+ dengan resolusi skrin 2400 x 1080 piksel, nisbah skrin 20:9 serta kadar penyegaran 120Hz. Tidak didedahkan dengan lebih lanjut mengenai kapasiti bateri, namun telefon pintar ini mungkin tidak akan kehabisan bateri kerana ia dapat diisi dalam beberapa minit dengan pengecasan pantas 65W SuperDart.
Telefon pintar ini juga akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 865 dan X55 5G. X50 Pro 5G akan mempunyai 12GB RAM LPDDR5 dan 256GB storan.
Acara pelancaran Realme X50 Pro 5G secara dalam talian akan bermula 4.30 petang waktu Malaysia pada 24 Februari. Sebelum versi Pro ini, realme sedia melancarkan peranti 5G pertama mereka yakni realme X50 5G pada awal Januari lalu. Ia menggunakan cip pertengahan, Snapdragon 765G.
Sumber: GizmoChina
Berkaitan
- Sokongan 5G Kini Hadir Untuk Pengguna iPhone Di Malaysia
- Sejumlah RM21.8 Juta Dana Telah Diluluskan Menerusi Program Sandbox Inovasi & Teknologi Nasional
- realme 7i Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia, Dijual Pada Harga RM999
- Dua Tahun Lagi, Model Standard iPhone Dijangka Hadir Dengan ProMotion 120Hz
- Lensa Periskop Sekali Lagi Dikatakan Hanya Eksklusif Untuk iPhone 15 Pro Max
- Huawei Mate 40 Pro Ungguli Carta DxOMark, Mengalahkan Xiaomi Mi 10 Ultra Dengan 136 Mata
- Belum Keluar iPhone 15, Ura-Ura Kata iPhone 16 Pro Akan Dilengkapi Face ID Bawah Skrin
- CelcomDigi Mulakan Program Integrasi, Modenkan Rangkaian 4G
- realme X3 Bakal Hadir Dengan RAM Sehingga 12GB
- realme C21 Mula Dijual Di Malaysia, Berharga RM499