SUPERDART Mungkin Nama Bagi Pengecasan Pantas Dari realme

Telefon pintar masa kini sedia dihadirkan dengan kapasiti bateri yang besar. Bagi memberi kelancaran isian semula kuasa, ia disertakan dengan teknologi pengecasan pantas. Antara gosip terbaru yang mula bertiup ketika ini adalah realme mungkin menamakan pengecasan pantas mereka sebagai SUPERDART.



Desas-desus ini mula timbul apabila realme dikatakan sudah memfailkan tanda dagang bagi nama tersebut. Walaubagaimanapun, buat masa sekarang masih belum ada lagi penjelasan lanjut mengenai ciri-ciri yang dibawakan teknologi pengecasan itu. Namun begitu, ia dikatakan berkemungkinan menjadi pesaing kepada teknologi Xiaomi, Super Charge Turbo 100W.

Terdahulu, demonstrasi pengecasan yang dibuat melalui Super Charge Turbo 100W mampu mengisi bateri 4000mAh dalam hanya 17 minit sahaja. Pada ketika itu, ia dibandingkan dengan SuperVOOC 50W dan tempoh masa yang sama ia hanya mengisi sekitar 65% kuasa sahaja.

Sebelum ini, Vivo juga ada mempertontonkan keupayaan pengecasan pantas mereka yang dikenali sebagai Super Flash Charge 120W. Ketika ini, pengecasan pantas yang sudah berada dipasaran dipegang oleh SuperVOOC 2.0 Flash Charge 65W yang dibawakan melalui OPPO Reno Ace.

Sumber: Twitter Mukul Sharma