Tampil dengan warna merah bata, peranti ini telah pun dipasarkan pada pasaran di Malaysia pada Disember tahun lepas. realme menawarkan edisi Master ini dengan harga RM 2,399. Peranti ini masih mengekalkan spesifikasi yang sama, di mana ia menyertakan fungsi imbasan cap jari pada paparan dan menjalankan sistem ColorOS 6.1.
Bagi realme X2 Pro Master Edition yang bewarna Concrete, ia juga turut mendapat tempat dalam kejayaan ini. Akan tetapi, warna tersebut tidak dipasarkan untuk pasaran di Malaysia.
Kemenangan dalam kategori Reka Bentuk Produk ini setanding dengan produknya kerana warna Red Brick dan Concrete pada panel belakang nampak lebih kemas. Selain itu, pereka bagi edisi ini iaitu Naoto Fukasawa turut mempamerkan tandangan beliau pada panel belakang peranti.
Naoto Fukasawa dikatakan telah mendapat inspirasi untuk rekaan tersebut daripada tekstur bahan binaan biasa dalam kehidupan. Ia juga sering dipuji oleh pengguna kerana mencipta reka bentuk 'trendsetting' yang luar biasa.
Berkaitan
- StarHub dan U Mobile Malaysia Akan Bekerjasama Dalam Menjalankan Ujian Perayauan 5G SA
- realme Semakin Laris Di Filipina Dan Mesir
- Ujian Kamera Peranti RM1,000 - Mi 9T vs VIVO S1 PRO vs REALME 5 PRO
- Canon Menawarkan ImageCLASS Printer, PIXMA Siri G Printer dan Wireless Presenters Di Malaysia
- Teknologi 5G Malaysia Akan Beri Tumpuan Ke Atas Sembilan Industri
- Dapatkan Honor 20 PRO Dengan Potongan Harga RM 400 Sempena HONOR Intelligent Lifestyle Festival
- Command & Conquer Remastered Collection Versi 4K Akan Lancar Pada 6 Jun 2020, Harga RM 79
- Pertempuran Kamera Flagship Bangsawan, OPPO Find X2 Pro vs Samsung Galaxy S20+
- realme Day 3.3 - Promosi Tempoh Terhad Dengan Potongan Harga Sehingga RM300
- Unboxing realme 6, Lagi Peranti dengan Paparan 90Hz !!!