Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme 3.3

realme Day 3.3 – Promosi Tempoh Terhad Dengan Potongan Harga Sehingga RM300

Diterbitkan Februari 28, 2020 oleh Syifa' Syakinah

Pada dua hari yang lepas, realme Malaysia telah mengumumkan akan mengadakan pelancaran bagi peranti terbaru mereka iaitu realme C3. Pelancaran tersebut akan dilakukan secara maya menerusi laman rasmi Facebook dan Youtube realme sendiri pada 3 Mac ini jam 2.30 petang.

realme C3 dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Helio G70 dengan proses 12nm yang memfokuskan gaming untuk peranti bajet. Peranti ini merupakan yang pertama menggunakan cip berkenaan. Ia dihadirkan dengan skrin bersaiz 6.5 inci dan dimuatkan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh.

Helio G70 realme C3

Bagi jualan dalam talian anda boleh dapatkan realme C3 secara eksklusif pada 3 Mac ini jam 6 petang di platform Shopee.

Tambahan lagi, realme juga akan menawarkan potongan harga bagi beberapa telefon pintar, fon telinga dan powerbank. Antara peranti yang ditawarkan menerusi laman Shopee mereka adalah :

  • realme 5s (4GB + 128GB)
  • realme XT (8GB + 128GB)
  • realme 5 Pro (8GB + 128GB)
  • realme 5 (3GB + 64GB)
  • realme C2 (2GB + 32GB)
  • realme 3 Pro (6GB + 128GB)
  • realme Buds Wireless
  • realme Buds 2
  • realme Power Bank

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY