Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme v5

realme V5 Bakal Diperkenal Pada Awal Ogos, Hadir Dengan Kuad Kamera

Diterbitkan Julai 24, 2020 · Dikemas kini Julai 24, 2020 oleh Amalina Athman

realme kini mengesahkan telefon pintar pertama dalam barisan siri V iaitu V5 akan diperkenal pada awal Ogos nanti. Perkara ini diumumkan oleh Naib Presiden realme, Xu Qi melalui perkongsian di Weibo.

realme v5 kuad kamera

Berdasarkan perkongsian imej tersebut, realme V5 dimuatkan dengan tetapan 4 kamera dengan susunan L dan paparan berlubang di bahagian kanan. Kemungkinan kamera utama akan dimuatkan dengan sensor 48MP.

Pada bahagian panel belakang peranti hadir dengan kemasan matte serta tertera jenama ‘realme’ yang besar. realme V5 mempunyai imbasan cap jari di bahagian sisi kanan yang juga berfungsi sebagai butang kuasa. Manakala pelaras kelantangan bunyi dan slot SIM diletakkan pada bahagian kiri.

Buat masa ini, hanya rekaan luaran yang telah diperlihatkan. realme dijangka akan mendedahkan lebih banyak spesifikasi V5 menjelang pelancarannya pada awal Ogos nanti.

Sumber: Weibo via GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
  • Platform X Kini Perkenal Ciri Kawalan Ibu Bapa
  • Astro X3 Kini Ditawarkan Tanpa Kontrak, Harga Promosi Bermula RM39.99/Bulan
  • Remaja 18 Tahun Didakwa Godam 11,000 Data Warga Denmark
©2026 WISER.MY