Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Untitled design (55)

realme Note 60 Dijual Pada Harga RM399

Diterbitkan November 28, 2024 · Dikemas kini November 28, 2024 oleh Rushsyafizal

realme kini melancarkan model baharunya, realme Note 60. Dengan ArmorShell Protection, telefon pintar ini menawarkan daya tahan lasak bersama pengalaman pengguna premium pada harga mampu milik serendah RM399.

KV 2 -min

realme Note 60 memperkenalkan ciri ArmorShell Protection, sistem struktur berkekuatan tinggi yang memastikan ketahanan maksimum. Ia dilengkapi lapan penambahbaikan struktur utama yang menjadikannya tahan lenturan, jatuh, calar, serta debu dan air dengan penarafan IP64.

KV 3 -min

Dikuasakan pemproses lapan-teras UNISOC T612, realme Note 60 menawarkan pengalaman multi tugas dan permainan yang lancar. Teknologi AI Boost membantu mengurangkan ketinggalan serta meningkatkan permainan kadar bingkai tinggi, menjadikannya stabil dan responsif. Turut hadir dengan memori 4GB dan storan 128GB.

realme Note 60 dilengkapi kamera 32MP Super Clear, menawarkan peningkatan ketelitian 146% berbanding generasi sebelumnya. Baterinya berkapasiti 5000mAh serta pengecasan 10W. Skrin 90Hz Eye Comfort Display pula memberikan visual yang lancar, manakala ciri Rainwater Smart Touch membolehkan kawalan sentuhan dan buka kunci dengan tangan basah.

Peranti ini akan mula dijual pada 29 November 2024 dengan pilihan warna Voyage Blue dan Marble Black. Ia tersedia di realme Brand Stores, pengedar sah, serta kedai rasmi di Shopee, Lazada, dan TikTok. Setiap pembelian termasuk jaminan 1+1 tahun bernilai RM149.

Beli di:

Shopee – https://invl.io/clm1ldx

Lazada – https://invol.co/clm1le1

Berkaitan

  • Ini 7 Naik Taraf Baharu Pada HONOR X9c 5G Tapi Harga Masih Sama Macam Dulu
  • Redmi K80 & K80 Pro Rasmi - Snapdragon 8 Elite, 6000mAh
  • MOT Terbuka Untuk Nilai Semula Perkhidmatan e-Hailing Motosikal
  • Samsung Umum Perubahan Besar Dalam Kepimpinan Syarikat
  • PRISM+ Akan Buka Cawangan Terbaru Di Sunway Velocity Mall

Sumber: Siaran media realme

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY