Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CyberSecurity Malaysia_

CyberSecurity Malaysia Keluar Amaran Peningkatan Insiden Ketirisan Data

Diterbitkan Disember 11, 2023 ยท Dikemas kini Disember 11, 2023 oleh Amalina Athman

CyberSecurity Malaysia (CSM) hari ini mengeluarkan amaran berhubung peningkatan ketara dalam insiden ketirisan data peribadi serta penjualannya, terutamanya di dark web atau laman web gelap dari Januari hingga November 2023.

Berkaitan

  • PERKESO Sahkan Sistem, Laman Web Digodam Sejak Sabtu

Menurut CSM, insiden berkenaan melibatkan ketirisan data yang mengandungi Maklumat Pengenalan Peribadi (PII). Ia merangkumi nama penuh, alamat tetap, pendapatan isi rumah, nombor kad pengenalan, alamat e-mel, atau nombor telefon mangsa.

Tidak hanya organisasi yang terlibat, ketirisan data itu turut membahayakan pemilik maklumat peribadi.

Amaran CyberSecurity Malaysia

Sebagai tambahan, agensi itu berkata perlindungan data peribadi serta data sensitif adalah satu keperluan. Bukan hanya berasaskan undang-undang atau etika, tetapi juga bertujuan untuk menjaga kepentingan privasi dan peribadi serta reputasi perniagaan.

Lanjutan itu, CSM menegaskan organisasi perlu bertanggungjawab dalam mencegah ketirisan data dan mengendalikan insiden pendedahan data dengan sewajarnya, selain mematuhi amalan keselamatan terkini, mengenali impak potensi, dan mengambil langkah-langkah untuk melindungi data serta mengemas kini sistem secara berkala.

Sumber: CyberSecurity Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY