Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme UI 5.0 Early Access

Anda Pengguna realme GT 2 Pro? Ini Cara Mohon Akses Awal realme UI 5.0

Diterbitkan November 3, 2023 oleh Amal Addin

realme UI 5.0 merupakan UI berasaskan Android 14 dan kini ia sudah boleh dicuba menerusi peranti realme GT 2 Pro.

Permohonan untuk mendapatkan akses awal sudah boleh dibuat dan antara ciri-ciri yang dinaik taraf adalah:

  1. Keselamatan dan Privasi: Kebenaran untuk akses berkaitan gambar dan video yang dipertingkatkan untuk mengukuhkan keselamatan aplikasi yang digunakan.
  2. Prestasi yang optimum: Kestabilan sistem dipertingkatkan, kelajuan aplikasi yang digunakan lebih mapan dan animasi lebih lancar.
  3. Penambahbaikkan sistem: Senarai aplikasi yang disokong App Cloner diperluas. Tetapan Output Media dalam pusat kawalan untuk kegunaan jangka panjang.
  4. Kemas kini antara muka: Penggunaan warna yang menyegarkan, lembut dan lebih jelas untuk pengalaman visual yang lebih selesa. Menambah nada dering baharu serta sistem notifikasi audio yang diubah. Animasi sistem dipertingkat untuk peralihan yang lebih lancar.

Pemohon dinasihatkan untuk memahami perkara berikut sebelum memohon:

  1. Pastikan telefon anda tidak rooted.
  2. Pastikan data peribadi anda ada sandaran untuk mengelakkan kehilangan data peribadi.
  3. Kemas kini semua aplikasi kepada versi terkini yang tersedia di Playstore, kerana sesetengah aplikasi pihak ketiga mungkin belum serasi dengan akses awal Realme UI 5.0. 
  4. Versi Akses Awal mungkin mempunyai kesan yang tidak dapat diramalkan pada telefon dan memberi kesan pada penggunaan harian.
  5. Sila pastikan telefon mempunyai kadar storan melebihi 15 GB. Jika tidak, kemas kini akan mempunyai risiko untuk gagal.
  6. Jika kemas kini tidak diterima, anda dicadangkan untuk menunggu dengan sabar keluaran rasmi.

Cara untuk memohon akses awal UI 5.0 realme:

realme ui_1
realme ui_2
  • Pastikan realme GT2 Pro mempunyai sekurang-kurangnya 60% bateri.
  • Kemas kini peranti kepada versi UI yang diperlukan → 13.1.0.506(EX01)
  • Buka mod pembangun. (Settings → About device →Version → Version Number→ Click the version number for 7 consecutive times).
  • Mohon untuk Akses Awal melalui saluran Aplikasi Kemas Kini Perisian: (Settings → About device → klik “realme UI 4.0” pada banner di atas → klik tiga titik pada sudut atas kanan → Beta program →Early Access →Apply Now → Masukkan maklumat dan apply).

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi.

Berkaitan

  • realme Akan Berundur Dari Pasaran Jerman
  • realme Anjur Pameran Fotografi Eksplorasi Bandar Pada 12 Julai Ini
  • realme Malaysia Berkolaborasi Dengan Lonely Planet Dan Bekas Pereka GUCCI
  • Ulang Tahun Ke-5, realme Mahu Fokus 6 Perkara Ini
  • realme Mengacah Pelbagai Tawaran Baharu Tidak Lama Lagi

Sumber: Siaran media realme

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY