realme C15 Rasmi Dilancarkan, Hadir Dengan Kuad Kamera Dan Bateri 6,000mAh

Bulan lalu, realme telah melancarkan realme C11 dalam pasaran Malaysia. Terbaru, realme C15 telah diperkenal secara rasmi dalam pasaran Indonesia pada hari ini.



Seiring dengan harga yang ditawarkan, peranti ini mempertaruhkan spesifikasi yang lebih tinggi berbanding realme C11. Ia hadir dengan skrin paparan 6.5 inci IPS LCD HD+. Terdapat takuk kecil pada bahagian hadapan yang memuatkan kamera hadapan 8MP.

realme C15

realme C15 dijana cip pemproses Helio G35 yang digandingkan dengan konfigurasi 3GB RAM + 64GB dan 4GB RAM + 64GB. Untuk penambahan storan, ia turut menyokong slot kad mikroSD.

Pada bahagian belakang peranti dimuatkan dengan tetapan empat kamera iaitu 13MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP B&W dan 2MP lensa retro.

Dari segi janaan kuasa, ia hadir dengan kapasiti bateri yang besar iaitu 6,000mAh. Turut menyokong adalah pengecasan pantas 18W menerusi sambungan kabel mikroUSB. realme C15 menjalan Realme UI yang berasaskan sistem operasi Android 10.



Peranti ini ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Marine Blue dan Seagull Silver. Harga realme C15 bagi model 3GB+64GB adalah IDR 1,999,000 (~RM584), sementara model 4GB+64GB berharga IDR 2,199,000 (~RM642). Ia dijangka akan hadir dalam pasaran Malaysia tidak lama lagi.