realme: Berus Gigi, Smart Cam 360 Dan Tripod Kini Hadir Dengan Harga Bermula RM99

realme kali ini mengembangkan lagi tawaran produk mereka pelancaran Smart TV, fon telinga, jam pintar. Selain itu ia turut diiringi dengan penawaran produk lain seperti Smart Cam 360, N1 Sonic Electric Toothbrush dan Selfie Tripod.

Bersempena pelancaran pertama itu, realme membuka jualan pada harga lebih murah iaitu Smart Cam 360 (RM149) dan N1 Sonic Electric Toothbrush (RM69) di Lazada. Sementara realme selfie tripod pula berharga RM69 di Shopee.

realme Smart Camera 360




Peranti ini merupakan sebuah kamera pengawasan untuk kegunaan di rumah. Ia memberikan ciri pemantauan kepada anda untuk mengawasi kawasan dalam rumah dengan resolusi rakaman 1080p.

Selain itu, mod Infrared Night Vision akan dibuka secara automatik apabila merakam video pada waktu malam serta mempunyai sudut rakaman sehingga 360 darjah.

Terbina juga fungsi AI motion detection yang mana akan merakam sebarang bunyi tidak normal, pergerakan manusia dan pada masa yang sama memberi amaran pada telefon anda secara terus.

Bagi kapasiti storan, ia menyokong kad mikroSD yang memberikan ruang simpanan sehingga tempoh setengah bulan bagi rakaman resolusi 1080p.

realme N1 Sonic Electric Toothbrush




Berus gigi elektrik ini mempunyai motor sonic dengan frekuensi tinggi yang mampu bergerak sehingga 20,000 kali per minit dan pada kadar bunyi 55dB.

Ia menggunakan berus DuPont dan realme menyatakan, berus gigi ini mampu membersih dan membasmi bakteria sehingga 99.99%. Terdapat juga ciri peringatan apabila tiba masa berus perlu ditukar.

realme N1 Sonic Electric Toothbrush mempunyai 3 mod pembersihanan iaitu soft bagi gigi sensitif, clean bagi pembersihan harian dan polish untuk gigi tampil bersinar.

Dilengkapi bateri sebesar 800mAh dan hanya perlu cas sekali untuk penggunaan 130 hari malah mempunyai penarafan kalis air IPX7.

realme Selfie Tripod




Dengan berat hanya 162.5g walaupun telefon berada pada tripod, ia mudah untuk dibawa kemana sahaja dan memudahkan untuk mengambil gambar swafoto bersama rakan-rakan.

Ia boleh dilaras dan memanjangkannya sehingga 60cm untuk gambar yang lebih luas serta lebar.

Dimuatkan dengan Bluetooth 5.1 untuk padanan dengan telefon lebih mudah (sehingga 10m) serta butang remote yang boleh dicabut pada tripod ini berikan anda menekan shutter kamera dengan senang. Selain itu, ia boleh dipusingkan 360 darjah untuk anda mengambil gambar mengikut sudut yang anda inginkan.