realme Watch S Dilancarkan Di Malaysia Berharga RM369 - Rekaan Paparan Bulat Dengan Ketahanan IP68

Hari ini realme Malaysia telah melancarkan sejumlah peranti berhubung termasuk sebuah jam pintar realme Watch S. Jam ini merupakan model seterusnya selepas realme Watch dengan membawa rekaan bulat dan ciri tambahan baharu.



Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin 1.3 inci 360 x 360 pixel dengan kerangka aluminium aloi manakala tali jam pula adalah dari silikon.

Mengenai fungsi yang disertakan, realme Watch S menawarkan ciri pemantauan oksigen dalam darah, degupan jantung, pemantauan tidur, dan lain-lain.

Terdapat 16 mod sukan berbeza, penarafan kalis air IP68 serta kapasiti bateri 390mAh yang mampu bertahan sehingga 15 hari.



Untuk pasaran Malaysia, realme Watch S dijual secara rasmi pada harga RM369. Namun, hanya pada 12 Disember nanti, ia akan ditawarkan pada harga serendah RM299 sahaja.

Pembelian boleh dilakukan hanya di Shopee dan harga promosi tersebut hanya berlangsung selama 1 hari sahaja.