Realme Beri Gambaran Pelancaran Model Realme 3

Realme mula menjadi bualan selepas penawaran model Realme 2 Pro yang mendapat sambutan hangat beberapa bulan yang lalu.

Ini kerana mereka menawarkan telefon dengan spesifikasi menarik dengan harga yang sangat berpatutan.

Sehubungan dengan itu, ramai yang tidak sabar untuk menantikan model Realme 3 diperkenalkan.

Penantian itu dijangka akan menemui penghujungnya tidak lama lagi. Realme telah memberi bayangan perkenalan Realme 3 melalui kiriman di akaun Twitter mereka baru-baru ini.

https://twitter.com/realmemobiles/status/1097726118386429952?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1097726118386429952&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.gsmarena.com%2Frealme_3_gets_teased_may_launch_in_early_march-news-35590.php

Dalam kiriman tersebut, kotak belian bagi peranti Realme 1 dan Realme 2 diletakkan secara bersebelahan bagi membentuk persoalan matematik dengan kapsyen "Simple Maths or Something Big?".

Ia seolah-olah memberi gambaran bahawa ada sesuatu yang "besar" akan ikut serta bersama peranti Realme 3 itu nanti.

Adakah ia skrin bersaiz besar, memori(RAM) besar ataupun bateri berkapasiti besar? Sama-sama kita nantikan apa yang akan Realme 3 tawarkan nanti.

 

Sumber: @realmemobiles