realme juga tidak terlepas untuk mengikuti acara ini. Dengan itu, realme akan memperkenalkan teknologi pengecasan pantas mereka yang didakwa terpantas di dunia.
Buat masa ini, realme hanya menggunakan pengecasan pantas 65W pada peranti andalan mereka iaitu realme GT 2 dan GT 2 Pro. Walaupun mereka mempunyai teknologi pengecasan pantas 125W UltraDART, malangnya kita tidak dapat lihat realme menerapkan fungsi ini pada peranti mereka.
Untuk makluman, dengan teknologi pengecasan pantas 125W UltraDART realme, ia masih tidak boleh menandingi Xiaomi yang telah mempunyai pengecasan pantas 200W. Dengan pengecasan ini, Xiaomi mampu mengecas penuh bateri 4,000mAh dengan mengambil masa 8 minit sahaja.
Menurut Digital Chat Station, realme bakal memperkenalkan pengecasan 150W yang merupakan penjenamaan semula teknologi pengecasan pantas 160W OPPO. Seperti yang anda tahu, kedua-dua syarikat ini di bawah pecahan syarikat yang sama dan saling berkongsi teknologi.
Walaupun dengan 150W, ia masih lagi tidak mampu menandingi teknologi pengecasan pantas 200W Xiaomi. Mungkin juga, dengan pengecasan 150W ini, realme temui cara yang mampu menandingi pengecasan 200W Xiaomi? Apa-apa pun kita nantikan sahaja acara MWC nanti.
Sumber: GizChina
Baca juga:
- Terciduk, OnePlus 10 Pro Terkepak Dua Dalam Ujian Ketahanan
- Kajian: Majoriti Telefon Android Kini Mempunyai Bateri Sekurang-Kurangnya Berkapasiti 5,000mAh
- Bateri Lithium-Ion Mencair Di Fasiliti Penyimpanan Bateri Lithium-Ion Terbesar Dunia
Berkaitan
- Salah Satu Telefon Siri realme Berjaya Cecah 40 Juta Unit Jualan, Berada Dikelompok 4 Teratas
- realme GT 2 Pro Rasmi Guna Snapdragon 8Gen1, Panel Belakang Seakan 'Kertas'
- Akhirnya Telefon Andalan Premium Siri realme GT2 Rasmi Buat Pasaran Global
- Black Shark 5 dan 5 Pro Akan Tiba Tidak Lama Lagi, Sokong Pengecasan Pantas 120W
- Xiaomi Umum Teknologi 'MagSafe' Sendiri, Lebih Pantas Dan Lebih Sejuk
- realme Q5 Akan Dilancar Minggu Depan, Hadir Dengan Sokongan Pengecasan 80W
- realme Q3s Akan Dilancar Minggu Depan - Skrin Cantik Dengan 144Hz
- realme V25 Bakal Dilancar 3 Mac, Mungkin realme 9 Pro Yang Dijenamakan Semula
- Skrin realme GT2 Pro Bawa Resolusi QHD, Boleh Kesan Degupan Jantung
- Siri Samsung Galaxy S22, Tiada Pengecasan 66W Tapi Ada S Pen