Jika anda sedang membaca artikal ini, realme 9i telah dilancarkan untuk pasaran Malaysia. Ini adalah peranti pertama realme yang dilancarkan pada tahun 2022 ini. Jadi ini adalah reaksi awal aku mengenai realme 9i ini. Dari segi rekaan, paparan dan kameranya.
Buka Kotak realme 9i
Sebelum aku memulakan reaksi awal aku tentang realme 9i ini. Mari aku tunjukkan apa yang korang akan dapat apabila membeli realme 9i.
Kotak realme 9i kini berwajah baru, sebelum ini kotak realme mempunyai rekaan yang agak membosan. Tapi tahun ini realme memberi sedikit sentuhan pada rekaan kotak bungkusan tersebut. Aku boleh nampak mereka punya pendekatan ke rekaan yang lebih ringkas tapi mudah diingati.
Apabila korang membuka kotak peranti ini, korang akan disambut oleh tulis dari realme iaitu “Hey, welcome to realme Family”.
Di dalam kotak kecil terdapat manual telefon ini, sarung pelindung telefon ini yang diperbuat dari silikon dan akhir sekali pin pembuka sim.
Seperti biasa apabila korang membeli sebuah telefon baharu, semestinya anda akan dapat telefon itu sendiri, kable pengecas dan kepala pengecas. Pengecas yang digunakan pada realme 9i ini adalah 33W.
Rekaan realme 9i kali ini hampir sama seperti rekaan yang hadir pada telefon OnePlus tahun lepas dimana ia menggunakan tetapan kamera yang menegak dan mempunyai 2 sensor kamera yang besar dan kecil di kanannya.
Reaksi awal
Untuk reaksi awal aku tentang telefon ini, aku rasa ia mempunyai rekaan yang ringkas dan tidak terlalu menonjol sangat. Selain itu, bahan yang digunakan pada panel belakang telefon ini adalah plastik. Jadi bila korang pegang telefon ni memang rasa seperti memegang telefon yang murah. Tapi itu bukan masalah sangat pun kerana korang boleh sahaja beli casing untuk melindungi telefon ini nanti.
Varian warna yang aku gunakan ini ialah Prism Black, dimana ia mempunyai kemasan jenis bekilat dan ia mudah mendapat kesan cap jari apabila korang memegang belakang telefon ini.
Untuk paparan realme 9i menggunakan paparan berukuran 6.6 inci jenis IPS LCD dengan 90Hz kadar segar semula. Selain itu, paparan telefon ini mempunyai fungsi adaptive sync dimana ia mengawal kadar segar semula dari 30Hz hingga 90Hz mengikut konten yang dipaparkan oleh telefon ini.
Beralih ke perkakasan yang digunakan pada dalam telefon ini pula, ia menggunakan cipset dari Qualcomm iaitu Snapdragon 680. Untuk pengetahuan korang semua, ini adalah telefon yang pertama yang menggunakan cipset ini. Walau bagaimana pun, cipset ini tidak menyokong 5G jadi kalau inginkan telefon 5G kemungkinan telefon ini tidak sesuai dengan anda.
Telefon ini datang dengan bateri yag besar iaitu 5000mAh dengan penyokongan pengecasan pantas 33W. Satu penambah baikkan yang realme tambah pada telefon ini adalah pada pembesar suaranya. Sebelum realme selalunya meletakkan pembesar suara jenis mono saja pada mana-mana telefon mesra poket dan pertengahan mereka. Tetapi untuk realme 9i kali ini ia hadir dengan pembesar suara stereo serta sokongan Hi-Res.
Untuk prestasi kegunaan, aku tidak hadapi apa-apa isu lagi seperti masalah lag. Mengenai prestasi permainan pula, aku belum sempat buat mana-mana ujian lagi. Jadi aku akan buat lagi satu artikel mengenai prestasi keseluruhan telefon ini dan prestasi Snapdragon 680 apabila bermain game berat seperti Genshin Impact.
Beralih ke kamera pula, realme 9i mempunyai 3 tetapan kamera iaitu 50Mp f/1.8 kamera utama, 2Mp makro dan 2Mp potrait. Walaupun tetapan kamera telefon ini agak menghampakan tetapi dari ujian aku jalankan pada kamera telefon ini. Aku boleh katakan bahawa kamera telefon ini agak bagus jugalah dari segi harga yang ditawarkan oleh realme sendiri.
Ini adalah beberapa gambar yang aku ambil sebagai contoh untuk korang semua. Untuk ulasan kamera realme 9i, aku akan ceritakan di artikel seterusnya nanti.
Gambar Indoor
Gambar Potrait
Gambar Outdoor dengan fungsi Ai
Kamera Selfie
Buat masa sekarang, ini sahaja yang sempat aku coretkan berkenaan realme 9i, dimana beberapa ujian lain bakal aku nukilkan dalam bentuk artikel sedikit masa lagi. Untuk makluman semua, realme 9i bakal masuk secara rasmi ke dalam pasaran Malaysia pada 19 Januari hadapan. Kita perlu tunggu sedikit masa sahaja lagi untuk tahu tentang butiran harga dan segala macam lagi maklumat jualan pada tarikh tersebut.