Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Razer Pay: Satu Lagi Aplikasi e-Dompet Membuat Kemunculan Di Malaysia

Razer Pay Ditamatkan Di Malaysia, Tak Boleh Digunakan Bermula 1 Oktober

Diterbitkan Ogos 6, 2021 oleh Amsyar Latif

Razer hari ini mengumumkan aplikasi e-dompet mereka Razer Pay (beta) akan ditamatkan buat pengguna di Malaysia dan juga Singapura yang berkuatkuasa 1 Oktober 2021.

Bagaimanapun, pihak Razer Malaysia tidak memberikan sebarang kenyataan rasmi mengapa perkhidmatan tersebut dihentikan.

razer pay

Apa pun, sekiranya anda pengguna tegar aplikasi e-dompet ini, Razer mengingatkan agar anda untuk memindahkan wang keluar dari aplikasi ini.

Caranya adalah buka aplikasi Razer Pay (beta), tekan ‘Withdraw’, klik ‘Cash Out’ dan ikuti langkah seterusnya. Setelah selesai, wang yang telah dipindahkan akan mengambil masa 5 hari bekerja untuk melengkapkanĀ perpindahan.

razer pay_2

Pengguna diberikan masa untuk melakukannya sehingga 30 September 2021 ini dan jika anda terlepas tarikh tersebut, boleh terus hubungi khidmat pelanggan Razer di sini.

Imbas kembali, Razer Pay mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2018 yang mana aplikasi e-dompet ini boleh digunakan di 7-Eleven, 99Speedmart, Starbucks dan lain-lain.

Sumber: Razer Pay, Razer Support

Baca juga artikel berkaitan:

  • Razer Melancarkan Barracuda X, Fon Kepala Gaming Pelbagai Platform
  • Razer Blade 14 Tiba Di Malaysia, Bermula Pada Harga RM9,999
  • Pelitup Muka Razer Jadi Kenyataan, Dijual Dalam Kuantiti Terhad

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY