Razer Blade 14 Tiba Di Malaysia, Bermula Pada Harga RM9,999

Peminat komputer riba permainan pasti biasa dengan model Razer Blade yang mempunyai spesifikasi berkuasa didalam peranti lebih kecil.

Terbaru, Razer perkenal semula komputer riba permainan Razer Blade 14 tetapi dengan cip pemproses baharu.

Baca juga - Razer Lancar Opus X, Fon Kepala Pembatalan Hingar Aktif

https://youtu.be/hh0aJusncI0

Razer Blade 14 yang diperkenal tahun ini tampil dengan paparan QHD 165Hz berukuran 14-inci dan dijana AMD Ryzen 9 5900HX dengan gandingan kad grafik RTX 3070 atau RTX 3080.

Untuk bahagian memori pula, komputer riba ini dilengkapi RAM 3,200MHz 16GB dan storan SSD NVMe 1TB.

Baca juga - Razer Hammerhead True Wireless X Dilancarkan Pada Harga RM349

Ciri lain yang ada pada komputer riba ini adalah papan kekunci RGB Razer Chroma, bateri 61.6Whr, ketebalan 16.8mm dan berat 1.78kg. Ini menjadikan ia komputer riba permainan 14-inci paling nipis dan ringan di pasaran sekarang.

Ia dijual pada tanda harga RM9,999 untuk pilihan RTX 3070 dan RM12,999 untuk pilihan RTX 3080.



Kedua-dua varian ini sudah boleh di pra-tempah melalui kedai rasmi Razer di Shopee dan Lazada sekarang.

Baca juga - Pelitup Muka Razer Jadi Kenyataan, Dijual Dalam Kuantiti Terhad

Sumber: Razer